Cikgu ZZ

Pusat Tuisyen Online Subjek Add Maths Form 4

Matematik merupakan subjek yang paling ditakuti oleh ramai pelajar samada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Zaman dulu-dulu, matematik juga dikenali sebagai ilmu hisab. Hisab ini merupakan perkataan dalam bahasa Arab. Ianya bermaksud mengira.

Di peringkat sekolah rendah, para pelajar akan mempelajari subjek matematik dari tahun 1 hingga ke tahun 6.

Mulai tahun 2020, kerajaan Malaysia telah menamatkan ujian penilaian sekolah rendah atau lebih dikenali sebagai UPSR.

Oleh itu bagaimanakah penilaian untuk subjek matematik dibuat?

Ia dibuat melalui penilaian dan pentaksiran daripada guru dan pihak sekolah sendiri.

Bagaimana untuk Membantu Anak Anda Meningkatkan Markah 30% (minimum) untuk Subjek Matematik (PT3/SPM) atau AddMath SPM

Kelas Online Matematik oleh cikgu ZZ adalah untuk membantu pelajar Menengah untuk subjek Matematik dengan menyediakan modul terkini KSSM.

Senarai Modul Subjek Matematik di Sekolah

Matematik UPSR

Berikut ialah senarai topik yang para pelajar perlu kuasai di peringkat sekolah rendah.

Matematik PT3

Berikut ialah senarai topik yang para pelajar perlu kuasai di peringkat sekolah menengah rendah.

Matematik Moden SPM

Berikut ialah senarai topik yang para pelajar perlu kuasai di peringkat sekolah menengah atas.

Tingkatan 4

Buku Teks Matematik Tingkatan 4 SPM (PDF)

  1. Fungsi dan Persamaan Kuadratik dalam Satu Pemboleh Ubah
    1. Fungsi dan Persamaan Kuadratik
  2. Asas Nombor
    1. Asas Nombor
  3. Penaakulan Logik
    1. Pernyataan
    2. Hujah
  4. Operasi Set
    1. Persilangan Set
    2. Kesatuan Set
    3. Gabungan Operasi Set
  5. Rangkaian dalam Teori Graf
    1. Rangkaian
  6. Ketaksamaan Linear dalam Dua Pemboleh Ubah
    1. Ketaksamaan Linear dalam Dua Pemboleh Ubah
    2. Sistem Ketaksamaan Linear dalam Dua Pemboleh Ubah
  7. Graf Gerakan
    1. Graf Jarak-Masa
    2. Graf Laju-Masa
  8. Sukatan Serakan Data Tak Terkumpul
    1. Serakan
    2. Sukatan Serakan
  9. Kebarangkalian Peristiwa Bergabung
    1. Peristiwa Bergabung
    2. Peristiwa Bersandar dan Peristiwa Tak Bersandar
    3. Peristiwa Saling Eksklusif dan Peristiwa Tidak Saling Eksklusif
    4. Aplikasi Kebarangkalian Peristiwa Bergabung
  10. Matematik Pengguna: Pengurusan Kewangan
    1. Perancangan dan Pengurusan Kewangan

Matematik Tambahan (AddMath) SPM

Berikut ialah senarai topik yang para pelajar perlu kuasai di peringkat sekolah menengah atas khususnya jurusan sains tulen.

AddMath Tingkatan 4

AddMath Tingkatan 5

Bagaimana Anak Anda Belajar

  • Untuk pelajar lemah (yang selalu gagal), kami akan berikan latihan asas algebra secara latih tubi
  • Kami juga menyediakan modul terkini KSSM untuk dicetak sebelum kelas bermula, supaya mereka lebih mengikuti pembelajaran.
  • Sebagai pendedahan, kami akan berikan kertas SPM tahun lalu, kertas percubaan negeri dan SBP, supaya pelajar biasa dengan kertas KBAT.
  • Kelas Online dijalankan sebanyak 2 kali seminggu (kelas 1.5 jam) supaya lebih ada impak berbanding 1 kali seminggu.
  • Kelas dijalankan oleh tutor sepenuh masa yang berpengalaman 15 tahun.
  • 3 Jenis Kelas : individu, grup kecil dan grup besar disediakan!
  • Terbuka untuk pelajar di seluruh Malaysia.
  • Grup Sokongan : supaya pelajar boleh menanyakan soalan pada bila-bila masa!
  • Belajar dalam keadaan selesa dan selamat di dalam rumah.

Apa Keunikkan Kaedah Cikgu ZZ ini?

  1. Pembelajaran  Mengikut Kemampuan Individu  – Kami akan berikan ujian diagnostik Asas Algebra, dan dari sini kami akan memahami tahap dan kemampuan sebenar pelajar untuk belajar AddMath, dan akan mengajar mereka berpandukan itu.
  2. Membina Tabiat Pelajar untuk Belajar Sendiri  –  Kami akan berikan sedikit tugasan dari masa ke semasa ; tak perlu banyak, tapi kerap. Ini diharapkan dapat membina displin dalam diri mereka.
  3. Kelas Individu, Grup Kecil dan Grup Besar –  Mengikut kesesuaian tahap, jadual dan bajet anda, kami ada solusi untuk semua.
  4. Penerangan Teliti  –  Subjek AddMath adalah rumit, jadi penting untuk kami menerangkan dengan terperinci mungkin, dengan bertujuan pelajar akan faham dengan lancar.
  5. Penguasaan KBAT–  Kami juga akan mendedahkan pelajar dengan Kertas AddMath SPM tahun-tahun lepas, Kertas Percubaan Negeri, Kertas Percubaan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM : bertujuan untuk biasakan pelajar dengan soalan  KBAT, sebagai persediaan menjawab soalan SPM kelak.

Kelebihan Belajar Subjek Matematik

Percaya atau tidak, ilmu mengira dan ilmu logik yang dipelajari dalam subjek matematik ini sangat berguna dalam kehidupan setiap orang.

Daripada urusan bangun tidur, kita melihat jam.

Pergi ke kedai untuk membeli barang, kita mengira jumlah wang dan menerima wang bakinya.

Apabila kita dalam perjalanan, kita boleh membuat anggaran jarak dan tempoh masa untuk tiba ke destinasi.

Lebih-lebih lagi jika bekerja dalam bidang yang melibatkan pengiraan seperti kejuruteraan, kewangan, akauntan serta programmer.

Aplikasi ilmu matematik ini sangat luas dan sangat penting supaya kita tidak mudah ditipu.

Siapakah yang sesuai belajar matematik melalui online tuisyen?

  • Pelajar Sekolah Menengah yang mengambil Matematik dan AddMath
  • Pelajar yang GAGAL mahu ke LULUS
  • Pelajar yang LULUS mahu ke CEMERLANG
  • Pelajar yang SELESA belajar secara ONLINE
  • Pelajar yang komited untuk mencapai sasaran

Siapakah Cikgu ZZ?

Cikgu Zainal Zulia telah mengajar AddMath dan Matematik Menengah SEPENUH MASA sejak 2004 lagi. Telah mengajar beribu pelajar di rumah, pusat tuisyen serta sekolah.

Telah membantu mereka dari gagal ke lulus, dan dari lulus ke cemerlang.

Berkelayakkan sebagai akauntan professional ACCA, dan graduasi dari Dublin Business School di Ireland, dan sempat menjadi juruaudit di firma antarabangsa KPMG.

Walaubagaimanapun memilih untuk mejadi tutor kerana lebih bermakna.

Kini telah berkeluarga dan punyai 3 anak, dan bermastautin di Shah Alam.

Cara pendaftaran pelajar tuisyen Matematik online

Sebelum daftar, kami akan membuat diagnosa terhadap kemampuan dan penguasaan subjek matematik setiap pelajar yang akan mengikuti program kami.

Selepas melalui Ujian Diagnostik Matematik ini, kami akan beri konsultansi secara PERCUMA kepada anda sebagai ibubapa mahupun penjaga.

Jika pelajar tersebut seorang yang lemah dalam subjek matematik, kami akan terus terang. Begitu juga jika mereka sangat cemerlang dalam matematik.

Ujian diagnostik adalah PERCUMA. Sila klik butang di bawah untuk ke peringkat seterusnya.

Koleksi soalan lazim (FAQ)

Adakah tuisyen matematik online berkesan?

Sejak pandemik Covid-19 melanda negara Malaysia yang dicintai, kerajaan terpaksa melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah atau lebih dikenali sebagai PdPR.

Pelajar tidak perlu ke sekolah. Mereka diberi jadual waktu seperti di sekolah.

Pelajar akan berada ‘dalam’ kelas dan belajar melalui skrin komputer apa yang diajar oleh guru mereka.

Begitulah juga dengan pendekatan yang di ambil oleh pasukan CikguZZ ini.

Kami punyai guru-guru tuisyen matematik yang berpengalaman dalam mendidik anak-anak bangsa.

Dimanakah saya boleh tengok review dari ibubapa yang menghantar anak-anak menyertai tuisyen matematik dengan Cikgu ZZ?

Berapakah harga kelas tuisyen matematik secara dalam talian?

Harga tuisyen bagi kelas matematik adalah seperti berikut;

RM 500 sebulan

Bagaimana cara untuk pendaftaran kelas tuisyen matematik online?