Cikgu ZZ

Tips

Kelebihan Belajar Matematik Online di Akademi ZZ

Latarbelakang

Akademi ZZ secarasminya ditubuhkan pada awal tahun 2021.

Seperti kebanyakkan servis tuisyen online yang lain, kami ditubuhkan ketika zaman pandemik berleluasa.

Pembelajaran Online adalah satu norma yang harus biasakan, dan kami nampak norma ini akan berterusan selepas pandemik sekalipun.

Adakah Akademi ZZ ini sesuai dengan anak anda? Di sini kami ingin mengupas tentang kelebihan tuisyen bersama kami ini.

Setakat ini:
a) kami hanya fokuskan subjek matematik daripada tingkatan 1 ke tingkatan 5, termasuk Addmath T4 dan T5, serta Fizik T4.
b) seramai 2,043 pendaftar, dengan 585 pelajar di seluruh negara.
c) seramai 5 tutor, dan 2 kerani.

Sebelum Sertai Kelas:

① Ujian Diagnostik

Kami akan menilai dulu tahap kemampuan asas algebra pelajar, supaya kami memahami kemampuan mereka untuk ditempatkan di kelas yang sesuai.

Ibubapa sendiri boleh mengenalpasti kelemahan / kekuatan anak dari sini, dan boleh gunakan keputusan ini sebagai asas.

Di sini juga adalah proses tapisan untuk kami; BUKAN semua pendaftar akan buat ujian ini.

Kami hanya boleh simpulkan; kemahuan belajar itu ada, tapi bukan semua ada kesungguhan.

② Kelas Trial

Selepas ujian Diagnostik di atas, kami akan mengajak pelajar untuk sertai kelas trial kami pula, mengikut tingkatan masing-masing, secara PERCUMA.

Ini bertujuan untuk menilai keserasian pelajar dengan tutor, tanpa SEBARANG OBLIGASI.

Kelas Percubaan ini penting untuk mewujudkan kepercayaan anda terhadap mutu pembelajaran kami, sebelum anda komited membayar yuran bulanan.

Pelajar sendiri boleh menilai dan bayangkan impak kelas ini, kerana kami sendiri percaya, demi mencapai keputusan yang baik, ‘belajar tidak boleh dipaksa’.

Keinginan belajar itu harus datang daripada pelajar itu.

Selepas Sertai Kelas

Modul akan diberikan SEHARI SEBELUM KELAS, supaya pelajar sempat mencetaknya.

Video Rakaman akan disediakan SEHARI SELEPAS KELAS untuk memudahkan pelajar yang mungkin tidak dapat hadir, ataupun ulangkaji.

Kami simpan KESEMUA VIDEO RAKAMAN di laman web khas : pelajar.akademizz.com.

Pelajar baru ataupun sudah lama join, akan ada akses menonton keseluruhan video untuk subjek dan tingkatan diambil.

④ Selepas setiap kelas, kami akan MINTA MAKLUMBALAS PELAJAR untuk memastikan tutor kami senantiasa berikan khidmat terbaik.

Ujian Bulanan : Kami juga akan berikan ujian setiap sebulan setengah untuk memastikan keberkesanan kelas kami.

Kad Laporan juga akan disediakan untuk memudahkan ibubapa melihat semua rekod ujian sepanjang pengajian bersama kami.

Kesemua kad laporan dan jadual ujian disimpan di kad.akademizz.com.

Ada apa-apa soalan? Sila komen di bawah.

Tips

Kepentingan ALGEBRA : Kelemahan Ramai Pelajar!

Untuk menyertai pembelajaran dengan Akademi ZZ, kami ada berikan pelajar ujian diagnostik. Kenapa? Kerana ujian diagnostik ini adalah untuk menilai tahap kefahaman pelajar dalam ‘bahasa matematik’, iaitu algebra. Tanpa memahami bahasa matematik ini, sukar untuk pelajar memahami konsep yang lebih kompleks. Bila pelajar belajar Algebra ini? Ketika di tingkatan 1, dimana pembelajaran ini akan memberikan… Continue reading

Tips

Menghadapi Cabaran Anak Remaja: Tips untuk Ibubapa

Remaja merupakan fasa penting dalam perkembangan seseorang. Anak yang sebelum ini dikenali sebagai budak-budak kecil, kini telah memasuki zaman remaja yang penuh dengan perubahan fizikal, emosi, sosial, dan psikologi. Bagi ibubapa, menghadapi anak remaja boleh menjadi cabaran tersendiri. Namun, dengan pemahaman yang betul dan pendekatan yang bijaksana, anda boleh membantu anak remaja anda melalui fasa… Continue reading

Tips

Bagaimana AI (Artificial Intelligence) Boleh Membantu dalam Pembelajaran?

Artificial Intelligence (AI) semakin berkembang dalam pelbagai bidang, termasuk dalam bidang pendidikan. AI berpeluang untuk meningkatkan pembelajaran dan pendidikan anak-anak. Berikut adalah beberapa cara AI membantu dalam pendidikan : Setiap anak mempunyai keperluan pembelajaran yang berbeza-beza. AI dapat membantu guru untuk mempersonalisasi pembelajaran bagi setiap murid. Dengan analisis data tentang kemajuan belajar murid, AI dapat… Continue reading

Berita

Jadual Baru Sesi 2023/24

Sesi baru ini akan dimulakan pada Ahad 19 Februari, ketika cuti persekolahan penggal akhir bermula. Kami akan terus masuk ke silabus baru, tanpa berlengah lagi. Kenapa masuk silabus baru dengan segera? Kerana mengikut pengalaman kami, silabus KSSM ini agak panjang, dan kita mahu beri lebih penelitian kepada topik sukar. Ada beberapa topik kami tak sempat… Continue reading

Tips

Pembelajaran Tuisyen Online Untuk Pelajar Asrama

Salam ibubapa yang dihormati sekalian. Kami sering mendapat soalan sebegini ; Anak saya pelajar asrama, boleh ke hadiri kelas online Akademi ZZ? Kami memang akan selalu mengalu-alukan penyertaan mereka, tapi ada beberapa faktor yang di luar kawalan kami dan ibubapa juga. 1 – Kebenaran Pihak Asrama Ada sesetengah sekolah mengizinkan i) penggunaan gajet, dan ii)… Continue reading

Tips

Bagaimana Pujuk Anak Saya ke Tuisyen?

Kami sering mendapat respon ini daripada ibubapa yang prihatin ; mereka ada masalah untuk mengajak anak mereka untuk sertai tuisyen. Belajar adalah suatu aktiviti yang tidak boleh dipaksa-paksa, dan ia harus dilakukan dengan sukarela, barulah ia berkesan. Tapi bagaimana jika anak anda memang tak suka tuisyen? Suruh Mereka Cuba Dahulu (jika boleh percuma) Ada sesetengah… Continue reading

Tips

4 Sebab Kenapa Rakaman Video Pembelajaran Boleh Meningkatkan Prestasi Belajar Anda

Berdasarkan sebuah pantauan yang dilakukan oleh Zane Education, sebuah pusat tuisyen terbesar di New Zealand menyatakan bahawa hampir 94% guru di New Zealand telah menggunakan video dalam sesi pembelajaran dan ternyata ia memberi impak yang positif terhadap pelajar. Oleh yang demikian, kebanyakan pusat pengajian yang menawarkan pembelajaran secara atas talian telah memperkenalkan rakaman video pembelajaran… Continue reading

Tips

5 Cara Bagaimana Ibu Bapa Boleh Membantu Anak Belajar Online

“Pembelajaran secara atas talian dalam tempoh yang lama akan memberi kesan negatif terhadap prestasi pelajar.” Asril Ariff Abdul Malik Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah, Asril Ariff Abdul Malik berkata, bukan semua pelajar mudah menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran yang baharu ini. Pembelajaran atas talian boleh dianggap mudah dari segi kekangan masa dan jadual… Continue reading

Tips

10 Kesilapan Biasa dalam Algebra

Algebra adalah ilmu terpenting dalam matematik yang dipelajari pelajar sejak tingkatan 1 lagi. Penguasaannya adalah wajib, kerana ia masih digunakan di peringkat SPM serta pengajian tinggi. Saya selaku tutor berpengalaman hampir 20 tahun, seringkali melihat kesilapan asas sebegini, tidak kiralah pelajar tingkatan 3 ataupun 5. Harap anda boleh kongsikan ini juga kepada pelajar lain untuk… Continue reading