Site icon Cikgu ZZ

Temubual Cikgu ZZ : Cikgu Rafi Sejarah


Cikgu Rafi – Dua Dekad Bersama Sejarah

Tidak ramai yang memilih untuk menjadi pakar dalam subjek sejarah. Namun, bagi Cikgu Rafi, itulah cinta pertamanya sejak mula mengajar lebih 20 tahun lalu.

“Saya memang suka explore. Dari dulu saya gemar pergi tempat bersejarah, kumpul fakta tambahan, baca buku, dan kongsi semula dengan pelajar. Dari situ saya rasa sejarah ni memang sebati dengan diri saya,” jelas beliau.

Dari Banyak Subjek ke Sejarah

Ketika mula mengajar pada tahun 2001, beliau mengambil pelbagai subjek – Matematik, Bahasa Inggeris, Geografi – tetapi akhirnya sejarah menjadi tumpuan utama. “Sejarah dengan geografi ni memang rapat. Sejarah menjawab soalan bila, geografi pula di mana. Jadi ia saling melengkapi.”

Cabaran Pelajar: “Buku Teks Membosankan”

Ramai pelajar menganggap sejarah itu membosankan, hanya membaca “cerita panjang” tanpa emosi. Menurut Cikgu Rafi, masalahnya ialah buku teks semata-mata tidak cukup.

“Bila saya mengajar, saya jadikan sejarah tu macam satu cerita – ada turun naik, ada klimaks. Dari situ pelajar mula nampak gambaran besar, bukan sekadar fakta. Tambah pula bila saya selitkan info luar buku teks, mereka jadi lebih minat.”

Evolusi Buku Teks – Lebih Menarik, Tapi…

Jika dibandingkan dengan zaman KBSM dahulu, buku teks KSSM hari ini jauh lebih menarik – berwarna, bergambar, ringkas. Namun cabaran sebenar ialah bagaimana guru menyampaikannya.

“Buku hanyalah alat. Yang penting ialah seni guru deliver ilmu tu. Kalau tak menarik, pelajar tetap rasa bosan. Tutor ada kelebihan sebab lebih bebas untuk kreatif.”

Pelajar Lemah BM? Bukan Alasan

Antara cabaran lain ialah pelajar yang lemah dalam Bahasa Melayu, terutama di sekolah jenis kebangsaan. Cikgu Rafi ada pendekatannya sendiri:

“Saya translate perkataan penting ke bahasa Inggeris. Contoh kemerdekaan = independence, penjajahan = conquer. Bila mereka faham maksud, baru saya latih bina ayat untuk jawapan SPM. Jadi isu bahasa tak lagi jadi penghalang.”

Kisah Tak Dilupakan

Sepanjang 24 tahun mengajar, ada satu peristiwa yang Cikgu Rafi tak dapat lupakan.

“Masa hari SPM, seorang pelajar call saya dari toilet dewan peperiksaan! Dia minta jawapan tiga soalan sejarah. Saya pun terkejut, tapi akhirnya tetap bantu. Walaupun markah dia cuma C+, pengalaman tu memang saya ingat sampai sekarang.”

Peranan Ibu Bapa

Bagi Cikgu Rafi, minat adalah kunci kejayaan. Dan minat itu boleh dipupuk oleh ibu bapa sendiri.

“Kalau parent nak anak minat sejarah, mereka sendiri kena tunjuk minat. Baca sama-sama buku teks, bawa berbincang dalam kereta atau di meja makan. Bila anak nampak mak ayah pun ambil tahu, mereka lebih mudah terinspirasi.”

Bagaimana Nak Cari Cikgu Rafi?

Untuk ibu bapa atau pelajar yang berminat, kelas sejarah Cikgu Rafi boleh diikuti di:

Beliau kini mengajar sepenuh masa secara online, dengan jumlah pelajar SPM mencecah lebih 50 orang setiap tahun.

Exit mobile version