Ada sesuatu yang mengasyikkan apabila bercakap dengan seseorang yang akhirnya menemui takdirnya – walaupun jalan menuju ke sana penuh dengan selekoh tajam dan jalan buntu. Kapten Farhan, kini pilot dan jurulatih berpengalaman bersama Firefly, adalah satu daripada bekas pelajar tuisyen saya yang pernah duduk semeja menghadapi soalan matematik, jauh sebelum dia duduk di kokpit pesawat komersial.
Table of Contents
Matematik Bukan Kegemaran, Tapi Langkah Pertama
Kenangan saya dengan Farhan bermula di pusat tuisyen di kawasan Subang Perdana, di bawah bimbingan Cikgu Azizul. Bila ditanya tentang keputusan SPM, Farhan ketawa kecil.
“Don’t recall sangat lah, tapi not so great lah. I think in total I dapat SPM 5A kot. Add Maths not one of them.”
Walaupun Add Maths bukan antara kelebihannya, Farhan sudah tahu arah tuju hidupnya sejak awal lagi.
“I remember that time pun you dah cakap kat I, you somewhat you nak jadi pilot jugalah,”
kata saya mengimbau perbualan lama kami. Impian itu tidak pernah padam, walaupun jalan menuju ke sana ternyata jauh lebih panjang daripada yang dia bayangkan.
Sekolah Penerbangan: RM200,000 dan Dua Tahun di Kota Bharu
Selepas SPM, Farhan terus melangkah ke Asia Pacific Flight Training di Kota Bharu, Kelantan – memilih laluan swasta atau self-funded berbanding cadetship yang ditaja oleh syarikat penerbangan.
Untuk menjadi cadet pilot, syaratnya tidak terlalu tinggi.
“The minimum requirement untuk nak masuk as a cadet pilot – you need five subjek, out of this five apa yang you kena ada kredit, you have to have English, Matematik and also Science. Dan lagi dua tu tak kisahlah apa-apa, tapi total of five lah you have to have kredit.”
Tapi Farhan menambah nasihat penting untuk sesiapa yang berminat:
“I highly recommend, your Maths tu you kena ada – not Add Maths, the Mod Maths. As well as kalau you ada Fizik, will make your time there a lot easier compare kalau you takde Fizik.”
Kos persekolahan pula tidak murah.
“Is about 225K, 240K – that’s the average lah time tu. Tapi sekarang dah way, way more expensive. Because the fuel price, the inflation apa bagai semua tu kan. So it’s almost up to three hundred to four hundred fifty K lebih kurang cam tu.”
Setelah dua tahun, Farhan tamat pengajian dengan Commercial Pilot License with Instrument Rating – atau CPLIR dalam dunia penerbangan. Tapi ada satu perkara yang ramai tidak tahu.
“Once you graduate from flying school tu, that license tu you ada, tapi they call it frozen. So you need to unfreeze that license. So how you unfreeze that license is you kena masuk Airlines and fly, fly, fly sampailah you dapat dalam 1,500 jam. Then license tu akan tukar jadi ATPL – so Airline Transport Pilot License. So bila you dapat ATPL tu, it’s called unfrozen.”
Barulah seseorang boleh menjadi kapten. Ibarat lesen P yang perlu ditamatkan tempoh percubaan sebelum mendapat lesen penuh.
Perjalanan Berliku: Gagal, Indonesia, dan Kembali Semula
Selesai sekolah penerbangan sekitar 2008-2009, Farhan menghadapi realiti pertama dunia penerbangan – mendapat kerja bukanlah sesuatu yang mudah.
“I punya journey lepas I habis I punya flying school tu, boleh kata turbulent sikit lah,”
akuinya jujur. Dia memohon ke Malaysia Airlines, gagal dua kali. Air Asia pun sama, gagal tiga kali. Keadaan industri masa itu tidak memihak kepadanya.
“Aviation industri for pilot ni kan, dia punya cycle of the job tu, dia punya supply demand tu dia naik turun, naik turun, naik turun. Bila time aircraft semua expanding, Airline semua expanding, sekejap je you boleh dapat kerja. Tapi bila the operation airlines ni dah stabilize, pilot dah cukup – time tu susah nak dapat kerja.”
Gambaran betapa sengitnya persaingan digambarkan dengan jelas:
“I remember one time masa I apply Air Asia tu, ya Allah, bila dia buat the opening, I think about three hundred, four hundred candidates apply. Went for the test semua kan – yang dapat hanya dalam 8 orang out of four hundred. 8 saja dapat. So can you imagine dia punya percentage of your chances of you to get it – memang memang very very susah lah.”
Peluang akhirnya tiba dari arah yang tidak dijangka – Sriwijaya Air di Indonesia. Farhan bergerak ke sana dengan penuh harapan. Tapi sekali lagi, perjalanan tidak semulus yang diimpikan.
“Training tu was very slow. Normally training will take kat Airlines about six months lah, paling lama pun untuk complete all the ground class, simulator, flying punya training complete in six months. Tapi saya kat sana, dah one year still tak buat lagi dia flying punya training. So it was average sebulan satu kelas, sebulan satu kelas.”
Dengan progres yang hampir tiada dan wang terus mengalir keluar, Farhan membuat keputusan bersama rakan baiknya.
“Me and my bestmate decided to, you know, tak nak wait lagi. Reapply balik somewhere in Malaysia, and then we come back lah.”
Tambahan kos perjalanan ke Indonesia menambahkan lagi bebanan:
“Daripada flying school about two hundred, twenty thousand, tambah lagi sini buat hundred K. Ni hundred twenty-five thousand lah overall.”
Masa Menunggu: Stesen Minyak dan Simulator Awam
Kembali ke Malaysia, Farhan masih menunggu giliran untuk memulakan latihan bersama Malindo Air yang baru sahaja beroperasi. Semasa menunggu, dia tidak berdiam diri.
“I kerja kat my mum punya Caltex dulu. I kerja lah tolong-tolong tolong isi minyak, buat cashier, tolong kira accounting-accounting – odd jobs cam tu kan.”
Kemudian dia bertugas di sebuah syarikat simulator awam bernama AVX.
“Simulator tu dia lengkap dengan the cockpit, flight deck semua tu, cumanya dia takde hidrolik untuk nak gerak. Simulator tu untuk public – kiranya orang yang macam minat ataupun interested to see how the cockpit look like semua kan, dia datang lah to the simulator ni.”
Di situ, Farhan menjadi pemandu pengalaman kepada orang awam, mensimulasikan take-off dan landing – menggunakan ilmu penerbangan yang ada, sambil menunggu peluang sebenar tiba.
Berjaya Air: Peluang Yang Hampir Menjadi Kenyataan
Setelah hampir setahun setengah di AVX, peluang baru muncul – Berjaya Air membuka pengambilan. Farhan berjaya. Inilah pertama kali dia benar-benar merasakan suasana operasi sebuah syarikat penerbangan sebenar.
“Berjaya ni was actually yang boleh katakan the first Airline yang I masuk and then I betul-betul dapat see – oh, this is how an Airline looks like. Masa dulu kat Sriwijaya tu, rasa macam saya kena sidai je kat Indonesia tu kan, sebulan satu kelas, sebulan satu kelas. Tapi ni bila masuk Berjaya ni, baru I dapat first experience yang oh, macam ni rupanya Airlines punya operation, oh macam ni rupanya Airlines punya training.”
Sayangnya, takdir berkata lain. Projek baru Berjaya Air untuk membawa masuk pesawat jenis CRJ 200 terpaksa dibatalkan kerana masalah pensijilan.
“I did the training for aircraft yang tak sampai pun dekat Malaysia. All this while, after you balik from Indonesia tu, you masuk Malindo tapi tak dapat, because of the queue. So that’s why you know, I pergi other places.”
Firefly: Rumah Yang Sebenar
Akhirnya, pada Oktober 2014, pintu Firefly terbuka. Farhan menjalani latihan dan mula terbang secara rasmi pada Januari 2015. Selepas perjalanan hampir tujuh hingga lapan tahun selepas SPM, impiannya akhirnya menjadi kenyataan.
“My career build on, build on Firefly – daripada I co-pilot, second officer, first officer, naik kapten, naik instructor, naik examiner. Semua daripada situ saja lah.”
Bila ditanya sama ada perjalanan panjang itu perkara biasa, Farhan berterus terang.
“Some people less than one year dah dapat dah. For me it took that amount of time lah. Some people I would say kalau 5 tahun tu is consider one of the few yang tunggu quite a long time lah before they can get a job.”
Ada satu fakta penting yang ramai tidak tahu – lesen pilot ada had masa.
“Kalau you more than seven years you tak dapat kerja after dia dah issue your license, you have to re-sit some of the paper, exam dekat flight school tu, which is cost money lagi. So that’s why kita tak nak, kalau boleh kita tak nak too long. Kalau lagi awal, lagi bagus.”
Tentang kestabilan kerjaya pula, Farhan memberikan perspektif yang realistik.
“Dia susah nak dapat, tapi bila you dapat tu, you secure lah. As long as you jaga you punya medical, you jaga you punya licensing atau the regulatory semua tu kan, should not be a problem. Selalunya kalau orang-orang yang go against the SOP, ada disciplinary issue – this yang susah sikit. So kalau you jenis yang you tak buat, you tak kacau, you tak buat hal apa semua – you can stay in the company for long.”
Kehidupan Seharian Seorang Pilot
Bagi mereka yang tertanya-tanya bagaimana kehidupan seorang pilot, Farhan menjelaskan dengan terperinci. Tidak ada jadual tetap seperti kerja biasa.
“Every month kita punya rostering team dia akan hantar kita roaster – monthly roaster. Kat situ kita tengok lah, oh okay Captain Farhan, untuk bulan 4 ni you terbang 1 haribulan, 2 haribulan, 3 bulan. Pas tu 4 hari off, 1 hari, 4 hari pula off.”
Selain terbang, ada juga tugas standby.
“Standby tu you tak fly tapi you kena be ready at your house. In case kalau dia call you, you boleh terus pakai baju terus pergi. Because you know Airline operation ni very dynamic kan – tiba-tiba ada weather lah, tiba-tiba ada crew MC lah kena ganti, tiba-tiba kapal kena retiming. You kena come in and rescue that flight – very, very fluid.”
Sebagai jurulatih, Farhan turut mengendalikan sesi simulator untuk melatih pilot-pilot lain. Dari segi jam terbang pula, Firefly berbeza dengan syarikat besar.
“On average lah lebih kurang dalam you know, I would say about fifty hours per month kan. So depends on the roaster.”
Berbanding Air Asia yang boleh mencecah 100 jam sebulan, 50 jam Firefly memberikan keseimbangan yang Farhan syukuri – terutama kerana pangkalan operasinya dekat dengan rumah.
“Selagi ada Firefly, I maintain je lah. Sebab satu lagi sebab dekat dengan rumah saya kan, naik motor je. Operation ni senang, no problem.”
Selain itu, Firefly menawarkan satu kelebihan unik bagi mereka yang menghargai masa bersama keluarga.
“Firefly ni you balik hari banyak. So that’s one good thing about it. Kalau you go to the bigger punya Airlines yang supply international, regional semuanya kan, dia usually dia have dia like three days punya pattern, five days punya pattern – which is you pergi, you terbang A to B, you naik stop situ, then you pergi B to C. Tapi Firefly ni you balik hari banyak.”
Dari segi destinasi, Firefly memfokuskan kepada laluan domestik dan serantau yang lebih dekat.
“Paling jauh pun saya pernah pergi is dulu subang to Koh Samui dalam 2 jam setengah. Pas tu ada Subang to Krabi, which is about 1 jam setengah. So within the domestik pula, we go north to south – JB to Kota Bharu about one hour forty minute.”
Dari Pilot Senyap ke Wajah TikTok Penerbangan
Menariknya, Kapten Farhan yang dikenali sebagai pendiam mempunyai sisi lain yang ramai tidak sangka – dia aktif berkongsi dunia penerbangan di TikTok.
“My wife dia belikan I this kamera lah kan – action kamera. So dia kata, try lah rekod video, video flying apa bagai semua tu kan. So I pun buat lah.”
Pada mulanya tiada sambutan. Tapi kemudian berlaku sesuatu yang tidak dijangka.
“Lama-lama tu sampai one day, one of my video tu meletup sampai dapat sampai 3,000,000 view kot. Dari situlah mula saya punya followers start naik semua kan.”
Dari sekadar rakaman sudut pandang kokpit, kandungannya berkembang menjadi lebih mendalam.
“I go more into the technical side – I share the news, I share little bit about you know macam mana hidup pilot dengan cabin crew ni. I share kenapa kapal-kapal delay, because ramai people, public dia hanya tahu oh kapal delay is bad.”
Penjelasan tentang kelewatan penerbangan adalah antara kandungan yang paling dirasai manfaatnya oleh orang ramai.
“Sometimes ada things yang that impact safety. Contohnya macam I as a Captain, I rasa kapal ni ada some kind of defect yang tapi orang ramai orang tak nampak. Benda-benda cam tu lah – dia hanya nampak oh delay, aku tak suka. We try our best lah, we try our best to depart juga. Kalau 10.00, 10.00 depart. Tapi sometimes things don’t go according to plan, you have to delay – then you have to lah.”
Farhan bangga menjadi antara pelopor kandungan jenis ini.
“I’m proud to say that I’m one of the first few yang start buat benda tu lah. After that orang lain dah boleh nampak oh boleh nampak yang ni can get traction kan, dia orang pun start to buat juga. So that’s fine lah – lagi ramai orang buat lagi bagus lah supaya can bagi sedikit kesedaran, sedikit knowledge to the public.”
Ada juga rancangan lebih besar di horizon – program panduan langkah demi langkah untuk bakal pilot.
“Ramai banyak soalan, parents tanya, budak-budak yang minat jadi pilot tanya kat I – macam mana jadi pilot after SPM ni, dia lost tak tahu nak buat macam mana. So ya I plan to do something like maybe subscription base punya video, which I guide them step by step – okay you kena buat macam ni, ni requirement untuk jadi pilot sekarang ni kan, and then after you dapat ni macam mana you nak apply dengan Civil Aviation Authority Malaysia, and then what ada flying school yang available sekarang along with the harga-harga semua.”
Saat Paling Bermakna: Melihat Murid Berterbangan Sendiri
Apabila ditanya tentang momen paling bermakna sepanjang kerjayanya, Farhan tidak bercerita tentang destinasi eksotik atau penerbangan dramatik. Sebaliknya, dia bercerita tentang saat melihat orang lain berjaya.
“After I got selected to become an instructor – instructor tu is actually macam cikgu ah. Is a cikgu, tapi you are in the Airline tu. You jadi macam cikgu – so all this line pilot, line kapten, kalau dia ada soalan semua kan, dia akan refer to us.”
Yang paling menyentuh hati ialah membawa cadet baru untuk kali pertama menerbangkan pesawat sebenar – bukan pesawat latihan yang kosong, tetapi pesawat berpenumpang.
“When new cadet dia join buat training kan, instructors lah yang akan ajar dia orang, bawa dia orang for the first time masuk dalam kapal terbang. Okay, this is – you masuk kapal terbang ni ada passenger tahu, bukan kapal kosong. Bercakap flying school tu, now it’s a totally different ball game. Now you have a passenger kat belakang you kan.”
Tangggungjawab yang besar itu terletak di bahu pilot muda itu sejak hari pertama.
“Dulu masa flying school you terbang sorang you je, kalau apa-apa jadi, you je yang jadi ni kan. You je yang bear the cost. Tapi sekarang you have passenger – if you screw up, not just you, not just me, orang-orang belakang you sekali semua akan kena kan.”
Dan bila akhirnya cadet itu berjaya menamatkan latihan dan menjadi pegawai pertama yang sebenar, itulah ganjaran paling berharga.
“Dia clear dia punya training and dia dapat supply as a pilot in the Airlines – daripada cadet pilot dia jadi a co-pilot, and dia jadi first officer, dia jadi second officer. That is very meaningful for me. I rasa sangat rewarding lah benda tu kan.”
Ucapan terima kasih dari anak didiknya menjadi bahan bakar yang mengekalkan semangatnya.
“Bila diorang dah habis training, diorang akan WhatsApp – Terima kasih lah Kapten, share all this information, share and guide saya, betulkan saya throughout my training semua kan. I rasa benda tu very, very rewarding for me lah.”
Refleksi Perjalanan
Dari pelajar yang tidak cemerlang dalam Add Maths, kepada cadet yang ditolak berkali-kali, kepada pilot yang tersekat di Indonesia, kepada pekerja stesen minyak sambil menunggu giliran, kepada kapten, jurulatih dan pemeriksa – perjalanan Kapten Farhan adalah bukti bahawa impian yang benar tidak pernah padam, walaupun diuji oleh masa dan keadaan.
“Some people less than one year dah dapat dah. For me it took that amount of time,”
katanya tanpa keluhan. Tujuh hingga lapan tahun menunggu tidak memadamkan cintanya kepada langit. Dan kini, setiap kali dia menduduki kerusi kapten, atau berdiri di hadapan cadet baru, dia faham mengapa setiap detik penantian itu berbaloi.
Dari bilik tuisyen Subang Perdana dahulu hingga ke kokpit pesawat Firefly hari ini – Kapten Farhan membuktikan bahawa destinasi terbaik dalam hidup sering memerlukan laluan yang paling berliku untuk sampai ke sana.
