Cikgu ZZ

Tips

4 Jenis Pelajar Tuisyen Online

Lebih setahun (tarikh artikel ini ditulis iaitu pada Mei 2021), sejak kita mulakan PKP 1 dulu, iaitu pada Mac 2020.

Siapa sangka, kini belajar online telah menjadi norma pelajar ; tidak kira di peringkat sekolah, pusat tuisyen, mahupun tutor persendirian.

Sebagai pengendali online tuition, saya mulai nampak kategori pelajar; ada yang boleh bertahan lama, ada yang kurang menggemari, dan sebagainya.

Bukan semua pelajar serasi belajar secara online ini, ada yang ‘terpaksa’ belajar sementara kuarantin ini, ada juga yang benar-benar selesa dan ingin meneruskan kelas online walaupun tiada lagi PKP kelak.

Penting juga untuk ibubapa mengenalpasti anak mereka, supaya mereka tidak terlalu kecewa jika anak mereka
kurang serasi belajar online.

Kategori 1: Selesa dan Minat Belajar


Golongan pelajar ini sukakan privasi, introvert serta kedamaian ketika belajar. Pada masa yang sama, mereka berani menanyakan soalan dalam tuisyen online ini, sekaligus menjadi pembelajaran online berbaloi dan berkesan.

Saya sebagai tutor mudah mengenal mereka; mereka rajin berkomunikasi (kekadang menawarkan jawapan), serta mereka lama bertahan dalam tuisyen online bersama saya (lebih 6 bulan).

Ini adalah golongan yang paling berbaloi, kerana hasil keputusan peperiksaan mereka, biasanya cemerlang, atau paling kurang pun ada peningkatan.

Dan juga paling lama bertahan dalam tuisyen online (lebih 6 bulan).

Golongan 2: Minat Belajar, Tapi Selesa Kelas Bersemuka.


Mereka ini tetap ambil juga kelas online di musim PKP ini, kerana daripada tak belajar langsung kan.

Sebaik saja musim kuarantin tamat, mereka akan kembali mencari kelas tuisyen bersemuka, samada pusat tuisyen ataupun tutor ke rumah.

Mereka lebih sukakan suasana meriah dalam kelas, tapi tetap boleh fokus ketika belajar.

Dalam kelas online saya, mereka ini terbahagi kepada 2:
a) aktif, selalu bertanya, ataupun menjawab,
b) senyap saja (sekali saja chat),

Apapun, mereka tetap boleh faham. Pola yang saya perasan adalah, mereka ada ketika musim kuarantin, dan hilang ketika selesai musim ini.

Ada juga sebahagian mulai selesa dengan kelas online, dan akan meneruskan kelas, biarpun bukan majoriti.

Golongan 3: Suka Online, Tapi Tak Berapa Minat Belajar


Golongan pelajar ini adalah misteri dalam kelas : mereka biasanya hanya mendiamkan diri sepanjang pembelajaran.

Mereka selesa berasa bersendirian dalam bilik ketika kelas, tapi mereka juga mudah hilang fokus dan sering melihat fon sendiri.

Jika saya memanggil mereka, tidak dapat layanan. Jika ada pun, hanya sekali saja responsnya.

Kami sendiri berasa suka untuk tahu keberkesanan kelas:
Cikgu tanya; katanya faham. Ibubapa kaya; mereka OK sahaja.

Biasanya mereka ini akan bertahan juga dalam beberapa bulan, sehinggalah musim peperiksaan, di sini baru kita semua tahu, adakah masuk kepala atau tidak ilmu.

Oleh kerana itu, ada ibubapa mencadangkan tani untuk melakukan ujian secara online – dan kami sedang memikirkan juga bagaimana untuk melakukannya.

Kami di CikguZZ ada menawarkan khidmat tuisyen matematik secara online untuk matematik dan addmath, dari peringkat UPSR, PT3 dan SPM.

Golongan 4 – Tidak Minat Belajar Online, dan Tidak Berapa Minat Belajar

Golongan ini paling mudah: mereka langsung tidak hadiri kelas trial percuma sekalipun; jika hadir pun kerana dipaksa ibubapa.

Ditanya maklumbalas; tetap tidak akan mahu sertai.

Golongan pelajar ini adalah minoriti. Mereka ini kebiasaan mahu belajar beramai-ramai bersama rakan, tidak biasa berseorangan.

Kesimpulan

Dengan mengenalpasti mana golongan pelajar, ibubapa tidak perlu gusar, kerana semua pelajar punyai caranya tersendiri.

Yang penting, mereka haruslah minat belajar, tidak kiralah belajar online ataupun tidak.

Selepas ini kami akan menulis tips berkesan untuk belajar online pula.

Antara 4 golongan ini, yang mana satu kah anda?

[socialpoll id=”2755036″]

2 Comments 4 Jenis Pelajar Tuisyen Online

  1. Pingback: 5 Kelebihan Belajar Matematik untuk Bina Kerjaya Masa Depan - Cikgu ZZ

  2. Pingback: 5 Kelebihan Belajar Matematik untuk Bina Kerjaya Masa Depan - Cikgu ZZ

Leave A Comment