Cikgu ZZ

Tips

Growth Mindset vs Fixed Mindset: Tengok Reaction Anak Bila Fail Matematik

Mengapa Mindset Lebih Penting Daripada Markah

Cara anak kita respond pada kegagalan dalam matematik—ataupun mana-mana subjek pun sebenarnya—dia beritahu kita segala-galanya tentang mindset mereka.

Dalam mindset ini, bukan markah dalam peperiksaan sahaja yang akan menentukan sama ada mereka akan berjaya atau tidak dalam hidup mereka selepas ini.

Contoh Nyata: Dua Pelajar, Satu Kegagalan, Reaksi Berbeza

Bayangkan dua orang pelajar dalam kelas yang sama boleh fail dalam peperiksaan matematik yang sama, tapi reaksi mereka boleh jadi berbeza:

Pelajar A:

“Tak guna lah, saya memang tak berbakat dalam matematik. Buang masa je saya cuba.”

Pelajar B:

“Tak apa, saya fail pun tak apa. Saya tak faham sesuatu, mungkin saya kena cuba cara lain, ataupun mungkin saya miss something.”

Nampak tak? Sama-sama gagal, tapi kedua-duanya beri respons berlainan.

Inilah maksudnya kita ada dua mindset berlainan.

Apa Kata Psikologi: Penemuan Carol Dweck

Ahli psikologi Carol Dweck telah mengenal pasti dua mindset utama yang berbeza dalam cara kita approach pembelajaran:


Fixed Mindset: “Saya Memang Tak Pandai”

Ciri-Ciri Fixed Mindset:

Fixed mindset bermaksud mereka yang percaya kebolehan mereka adalah statik dan tak berubah—sama ada mereka pandai matematik atau tidak, hitam putih, dilahirkan dengan bakat itu atau tidak.

Macam contoh kita percaya seseorang itu tinggi atau pendek—sudah fixed macam tu.

Tingkah Laku Anak Yang Ada Fixed Mindset:

  • Identity-based statements: “Saya memang tak pandai matematik”
  • Mengelak cabaran: Takut cuba soalan yang lebih susah kerana takut nampak bodoh
  • Give up dengan cepat apabila stuck
  • Jealous dengan classmates yang lebih pandai atau lebih senang faham
  • Sembunyikan mistakes mereka
  • Blame faktor luar: Genetik, nasib, atau cakap “Si polan tu boleh lah, dia memang genius matematik”

Growth Mindset: “Saya Belum Pandai… Setakat Ini”

Apa Bezanya Dengan Growth Mindset?

Cara mereka fikir: “Saya belum pandai… setakat ini.”

Growth mindset percaya kebolehan boleh berkembang dengan usaha, strategi yang betul, dan panduan. Intelligence bukan fixed—ia macam muscle yang boleh grow kalau kita selalu exercise.

Tanda Anak Anda Ada Growth Mindset:

1. Bahasa Yang Berbeza:

  • “Saya tak faham benda ni lagi (nampak tak dia kata “lagi”—mungkin dia akan faham kemudian, bukan permanent)

2. Sikap Terhadap Cabaran:

  • Setiap cabaran atau soalan susah adalah macam puzzle atau teka-teki untuk mereka solve
  • Semangat nak solve masalah tersebut

3. Persistensi:

  • Keep on trying macam-macam cara: Cara A, Cara B, Cara C
  • Tanya orang, macam-macam mereka cuba
  • Tak mudah mengalah

4. Pembelajaran Dari Orang Lain:

  • Curious macam mana orang lain solve
  • Belajar dengan orang lain—tengok apa yang berbeza mereka buat
  • Fikir kenapa orang lain approach berbeza

5. Belajar Dari Kesilapan:

  • Bila buat silap: “Oh mungkin aku silap baca macam ni. Tak apa lah, aku belajar.”
  • Fikir: “Macam mana si polan faham? Aku nak belajar dari dia pula.”

Kesimpulan

Growth mindset bukan sekadar tentang positif thinking—ia tentang memahami bahawa kebolehan boleh dikembangkan. Bila anak kita fail, reaksi mereka menunjukkan mindset mereka.

Sebagai ibu bapa dan pendidik, kita perlu bantu anak-anak kembangkan growth mindset untuk kejayaan jangka panjang, bukan sekadar markah peperiksaan semata-mata.


Artikel ini berdasarkan pengalaman mengajar 20 tahun dan kajian psikologi pembelajaran. Untuk lebih banyak tips pembelajaran dan motivasi, ikuti Akademi ZZ.

Leave A Comment