Cikgu ZZ

Tips

Tips Mengajar Online Yang Berkesan [Kelas Berkumpulan]

Tips ini saya tulis untuk tutor Akademi ZZ (AZZ), iaitu Cikgu Nadiah, Cikgu Norhafizan, Cikgu Fahmi dan terbaru, cikgu Nurul.

Bilangan tutor kami mungkin akan meningkat, jadi nama-nama tutor ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Dalam AZZ, ini bukan sekadar tips, tapi satu prosedur (SOP) khas untuk mengendalikan kelas online secara berkumpulan.

Tapi panduan ini masih berguna kepada tutor lain. Cuma harus diingatkan, ini BUKAN TIPS untuk kelas Online persendirian, tetapi KELAS ONLINE BERKUMPULAN.

Mengenai kelas persendirian, mungkin kita boleh berbincang di masa lain.

Pengalaman Mengajar Online

Saya sudah mengajar berbelas tahun, dari 2004 lagi ‘ menjadi tutor sepenuh masa, mengajar tuisyen personal di rumah, tuisyen berkumpulan di pusat tuisyen, sekolah serta seminar.

Subjek utama saya adalah AddMath.

Tapi seperti kebanyakkan tutor lain juga, mula mengajar online sejak PKP pertama iaitu pada Mac 2020 lagi, sehinggalah sekarang.

Jadi saya bukanlah terlalu pandai, tapi sejak tarikh itu, saya buat online sepenuh masa sehinggalah tertubuhnya AZZ ini.

AZZ secara amnya adalah pusat tuisyen online, dimana setakat ini kami hanya membuka kelas matematik (termasuk Addmath) peringkat menengah, dari tingkatan 1 ke tingkatan 5.

Bilangan pelajar dalam kelas kami, paling kurang pun adalah berbelas orang, secara purata adalah 20-30 pelajar, dan paling ramai adalah 50 pelajar.

SOP untuk tutor Akademi ZZ

1. Mute Pelajar (audio dan video), dan JANGAN beri kebenaran untuk unmute .

Alasan : kerana kita tidak mahu mengganggu suasana pelajar lain yang ingin senyap dan fokus ketika kelas.


Pelajar tetap boleh menanya dalam ‘chat’, dan jika mereka tetap ingin bercakap, minta mereka ‘raise hand’, dan kita boleh biarkan mereka bercakap sementara.

2.Perhatikan setiap chat – jangan terlepas pandang setiap respon.

Kerana itulah saya sarankan agar kita menggunakan 2 gajet serentak, satu sebagai paparan mengajar, satu lagi khas untuk chat sahaja (guna fon pun boleh).

Alasan: setiap chat mereka selalunya merupakan soalan, jangan biarkan mereka terkapai-kapai tidak dilayan. Ini boleh menyebabkan mereka berasa jauh hati, berhenti menanya malahan berhenti kelas.

Malahan dengan melayan soalan mereka, berkemungkinan menambah kefahaman seluruh kelas, dan membantu juga pelajar yang lemah dan pemalu.

3. Minta Pelajar Malu Agar DM (Direct Messages), dan JANGAN SEBUT KAN nama mereka.

Cara ini berkesan untuk menggalakkan pelajar yang malu untuk bertanya soalan. Dan kita hormati mereka dengan jangan menyebut nama mereka.

Alasan : Ini untuk mengurangkan lagi ketidakfahaman kelas secara keseluruhan. Dengan cara ini kita akan melenyapkan rating 1 dan 2 (untuk 5 rating).

Sekali lagi, 2 gajet diperlukan untuk ini.

4. Sebut kesemua nama pelajar sebelum kelas bermula, dan selepas kelas berakhir (ketika mereka ucapkan terima kasih seorang demi seorang).

Alasan untuk mereka sedar, yang kita sedari juga kewujudan mereka (terutama yang senyap) dengan beri sedikit perhatian sebegini.

5. Modul dan Rating kelas.


Untuk tutor AZZ, ini memang disediakan oleh admin.

Modul diberikan sehari sebelum kelas, agar pelajar sempat cetak. Dan setiap habis kelas, kami juga akan berikan 5 rating (seperti disebutkan sebelum ini).

Video

Setakat ini saja SOP wajib untuk tutor . Kami harap bermanfaat kepada yang lain.

Jika anda ada poin lain yang menambah keberkesanan kelas online, sila komen di bawah-

Sama-sama kita belajar.

Leave A Comment