Cikgu ZZ

Berita

Gred dalam SPM: Apakah markah untuk Kepujian atau Kredit subjek Matematik?

Kepujian atau Kredit dalam SPM merupakan titik tolak pengambilan pelajar yang amat dititikberatkan oleh semua IPTA mahupun IPTS di Malaysia.

Dengan adanya kepujian atau kredit yang baik, seseorang bakal pelajar akan mencari kursus-kursus yang menepati syarat kelayakan SPM mereka dengan kepujian atau kredit yang mereka perolehi.

Terdapat subjek-subjek tertentu yang mesti kredit untuk bakal pelajar mengambil kursus yang mereka minati.

Contohnya : bakal pelajar harus mendapat kredit dalam Matematik sekiranya ingin mengambil kursus Sains Komputer (Open Source Computing) kerana kursus ini memerlukan pengiraan matematik dan ianya bersifat teknikal.

Kredit: MiCoST – Melaka International College of Science and Technology

Berdasarkan daripada jadual di atas, untuk mendapatkan kepujian, markah yang perlu dikumpul ialah 50 ke atas.

Gred SPM bagi sekolah MRSM yang viral di Facebook

Pada tahun 2021, ada yang muat naik gred SPM dimana ia merupakan gred untuk sekolah MRSM. Ia bukan milik Kementerian Pendidikan Malaysia.

Oleh itu, jika anda belajar di MRSM, ini boleh dijadikan panduan.

Daripada kedua-dua gred, kita boleh dapat kesimpulan bahawa di MRSM, gred untuk kepujian bagi subjek Matematik ialah 43 ke atas.

Sementara gred untuk kepujian bagi subjek Matematik Tambahan atau Markah Lulus Addmath SPM ialah 25 ke atas.

5 Comments Gred dalam SPM: Apakah markah untuk Kepujian atau Kredit subjek Matematik?

Leave A Comment