Cikgu ZZ

Berita

Maklumat Penting Sidang Akhbar Menteri Kanan Pendidikan (6 Jun 2021)

 Berikut adalah maklumat penting dalam sidang akhbar Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin:

1. Perubahan takwim persekolahan.
Sesi pembelajaran dan pengajaran di rumah (PDPR) akan dilaksanakan selepas cuti penggal persekolahan pada 13 Jun dan 14 Jun dalam tempoh 25 hari sehingga 16 Julai.

2. Cuti pertengahan penggal pula bermula 17 Julai hingga 25 Julai 2021.

3. Kurikulum akan dijajarkan melalui konsep penjajaran kurikulum iaitu penekanan kandungan asas kemudian kepada kandungan tambahan, dan seterusnya kandungan pelengkap. Guru lebih mengetahui kebolehan dan keupayaan anak didik mereka, kemudiannya barulah kemenjadian murid.

4. TV Pendidikan:
TV Okey RTM – 2 jam setiap hari, Astro Tutor TV – 4 jam setiap hari. DidikTV KPM – 15 jam setiap hari.

5. Sokongan:
Murid, guru, ibu bapa atau penjaga seperti kaunseling murid dan guru, bimbingan rakan sebaya, kursus dan latihan kepada guru, komunikasi ibu bapa/penjaga dengan pihak sekolah dan PIBG.

6. Inisiatif Cerdik – Projek Rintis Peranti :
Komputer riba dan sambungan data. 12,887 sudah diagihkan manakala 40,290 akan diagihkan selewat-lewatnya 12 Jun 2021. Bakinya, 96,823 unit pula selesai pada akhir September 2021 (keseluruhan 150,000 unit).

7. Rayuan sekolah khusus:
SBP, SMKA, KV, SMT, SMPKV dengan semakan pada 8 Jun 2021. Pendaftaran dalam talian pada 13 dan 14 Jun 2021.

8. SPM 2021:
Tarikh SPM 2021 adalah bermula : ujian lisan, Februari 2022 dan peperiksaan bertulis, Mac 2022.


Kredit : UTUSAN MALAYSIA

Apa Perancangan Anda Menghadapi PDPR dan PKP ini?

Kami di CikguZZ ada menawarkan khidmat tuisyen matematik secara online untuk matematik dan addmath, dari peringkat UPSR, PT3 dan SPM.

4 Comments Maklumat Penting Sidang Akhbar Menteri Kanan Pendidikan (6 Jun 2021)

  1. Pn Rozilawati Halib

    Menjawab soalan cikgu di gmail. Apa perancangan saya? Sama sahaja seperti apa yg saya lakukan semenjak pkp1. Saya akan bertanya kpd anak, kelas bimbingan yang diperlukan. Dia yg akan membuat keputusan kelas2 yg dia ingin ikuti. Sama seperti kelas Add Math ini – dia yg punya keputusan. Saya beri sokongan moral, ayahnya beri sokongan wang ringgit – byr yuran. 😊

    Reply
  2. Intan Zarina

    Saya pun nak try anak saya masuk kelas cikgu z sbb haritue x jadi sbb ank saya x sihat n sesi persekolah dah bermula

    Reply
  3. Rina Zaharie

    Anak saya baru masuk bulan ke-2 join kelas Math and she was really liked. Dia suka dan katanya senang faham dengan cara yg diajarkan oleh tecer. Dan….saya sedang mencari kelas untuk subject science dan english (Tingktn 2) juga utk anak saya. Harap jika ada parents yg ada maklumat dapat contact saya.

    Reply

Leave A Comment