Cikgu ZZ

Tips

4 Sebab Kenapa Rakaman Video Pembelajaran Boleh Meningkatkan Prestasi Belajar Anda

Berdasarkan sebuah pantauan yang dilakukan oleh Zane Education, sebuah pusat tuisyen terbesar di New Zealand menyatakan bahawa hampir 94% guru di New Zealand telah menggunakan video dalam sesi pembelajaran dan ternyata ia memberi impak yang positif terhadap pelajar.

Oleh yang demikian, kebanyakan pusat pengajian yang menawarkan pembelajaran secara atas talian telah memperkenalkan rakaman video pembelajaran sebagai inisiatif tambahan bagi meningkatkan lagi keberhasilan pelajar. Sesi pembelajaran akan dirakam dan dimuat naik ke dalam pautan khas yang akan disusun secara sistematik agar dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar.

Jadi disini saya senaraikan 4 sebab kenapa anda perlu memanfaatkan rakaman video untuk meningkatkan prestasi belajar anda.

Boleh diulang berulang kali sampai faham

“Repetition is the key to mastery.” Kunci untuk menguasai sesuatu perkara adalah dengan melakukannya berulang-ulang kali. Kaedah pengulangan ini juga mampu meningkatkan kemampuan otak untuk memproses maklumat.

Disebabkan itu, rakaman video pembelajaran merupakan hadiah paling berharga buat pelajar kerana kini kalian mampu untuk mendengar pembelajaran berulangkali sampai faham! Tiada lagi istilah tertinggal dan tak dapat ‘catch up’ pelajaran, melalui rakaman video pelajar boleh mengambil sebanyak mana masa yang diperlukan untuk mendapat kefahaman yang jelas dalam sesuatu subjek terutamanya dalam subjek yang agak rumit atau memerlukan masa difahami.

Boleh diakses bila-bila masa

Rakaman video juga merupakan inisiatif yang mesra pengguna iaitu ia mudah digunakan dan boleh diakses tanpa had waktu. Sekiranya pelajar ingin mengulangkaji pelajaran atau terlepas pembelajaran sebelumnya, dia hanya perlu menekan butang ‘klik’ bagi mendapatkan pembelajaran tersebut. Rakaman video juga boleh dimuat turun dan sedia untuk dimanfaatkan tanpa penggunaan internet. Bila-bila masa dan di mana-mana.

Menjimatkan masa untuk mengulangkaji

Kebiasaan bagi pelajar yang tidak memahami sesuatu subjek sejurus selepas belajar, mereka akan menghabiskan banyak waktu untuk memahamkan diri sendiri dengan membelek kembali buku latihan dan terkumat-kamit cuba mengingati kembali apa yang diajarkan oleh guru pada hari sebelumnya. Perkara seperti ini akan dapat diatasi dengan adanya rakaman video, anda boleh mengulangkaji pelajaran dengan lebih cepat dan teratur tanpa perlu mengharapkan guru menerangkan semula topik dari A ke Z yang pasti memakan waktu dan tenaga.

Ada pilihan topik untuk dipelajari

Proses ulangkaji pelajaran mesti lebih senang kan kalau boleh belajar ikut topik yang kita nak? Segala rakaman kelas tentang topik yang pernah dipelajari akan dimuat naik dan sedia untuk ditonton dengan hanya menekan butang klik. Dengan cara ini pelajar mampu menjadikan proses ulangkaji lebih tertumpu sekaligus meningkatkan penguasaan pelajar terhadap sesuatu topik.

Penggunaan teknologi didalam pembelajaran hari ini tidak lain tidak bukan  adalah bertujuan untuk memudahkan pelajar menimba ilmu pengetahuan. Namun, perlu diingatkan bahawa musuh utama anda adalah diri anda sendiri. Pelajar perlulah bekerja keras dan sentiasa berdisiplin kerana tiada siapa yang akan memantau untuk memastikan sama ada anda benar-benar memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan.

“Jika kamu tidak tahan akan penatnya belajar maka kamu harus sanggup menahan peritnya kebodohan.”

– Imam Syafie –

Testimoni Pelajar Yang Menonton Rakaman Video

Di Akademi ZZ

Untuk kesemua pelajar kami, kami akan memberikan akses sepenuhnya ; video dari awal sehinggalah pembelajaran terkini di laman pelajar.akademizz.com.

Mari daftar di sini : daftar.akademizz.com.

Leave A Comment