Cikgu ZZ

Tips

Saya, Cikgu Kor dan Aiskrim Magnum

Ketika nak masuk ke Tingkatan 3, aku masuk sekolah baru kerana berpindah rumah dari Petaling Jaya ke Subang Jaya.

Di sekolah baru ini, aku dimasukkan ke kelas kedua terbawah seluruh tingkatan, iaitu kelas 3 Bersih.

Ini sebenarnya penempatan sementara, sebelum aku ditukarkan ke kelas lebih tinggi, sepadan dengan pencapaian akademik ku.

Tapi aku selesa di sini.

Kelas ini santai, banyak bermain dalam kelas, dan cikgu pun tidak terlalu ‘menekan’ kami untuk belajar.

Memang seronok.

Ada satu kisah menarik yang aku takkan lupa.

Cikgu Kor (mungkin nama sebenar), adalah guru matematik kami.

Satu hari, dia meminta kami sekelas untuk menyelesaikan satu masalah algebra ini – topik yang baru dipelajari.

J < -4

Katanya, “Pelajar kelas 3 Maju (top 3) pun tak dapat selesaikan soalan ini. Jadi cikgu mahu tawarkan aiskrim Magnum (masa ini baru keluar juga) kepada sesiapa dalam kelas 3 Bersih yang boleh jawab ini.”

Entahlah, aku tengok sepintas lalu terus tahu jawapannya.

“Jawapannya, J adalah bernilai negatif, cikgu,” jawabku selamba.

Aku teringat muka Cikgu Kor – dia ternganga dan tercengang dalam beberapa saat.

“Budak 3 Maju pun tak boleh jawab…”

“Takpelah cikgu, tak perlu belanja aiskrim Magnum tu – soalan tak susah pun.”

Aku sangkakan aku empati – tapi bila fikir balik… bodohnya aku!

Terlepas aiskrim Magnum!

Tentu, berikut ialah 3 pengajaran penting daripada cerita “Aku dan Cikgu Kor”:


Nilai Diri Tak Ditentukan Oleh Kedudukan Kelas

Walaupun ditempatkan di kelas “belakang”, pelajar itu berjaya menjawab soalan yang dikatakan susah. Ini membuktikan bahawa potensi pelajar tak boleh diukur semata-mata berdasarkan kelas atau label yang diberikan oleh sistem sekolah.

Pengajaran: Setiap pelajar ada keistimewaan tersendiri — kita hanya perlu beri peluang mereka bersinar.


Yakin Diri Bila Ilmu Di Hati

Pelajar itu menjawab dengan yakin kerana dia faham topik tersebut, bukan kerana ingin menunjuk. Ini menunjukkan bahawa keyakinan yang tulen lahir daripada kefahaman, bukan hafalan.

Pengajaran: Bina ilmu, keyakinan akan datang dengan sendiri.


Belajar Hargai Ganjaran Kecil Dalam Hidup

Walaupun dia menolak hadiah aiskrim dengan niat baik, dia kemudian sedar bahawa kadang-kadang dalam hidup, tak salah untuk terima penghargaan kecil.

Pengajaran: Tak semua ganjaran itu bermakna kita tamak — kadang ia tanda kita hargai usaha diri sendiri juga.


Leave A Comment