Kisah seorang bekas pelajar yang membuktikan kejayaan bukan tentang menjadi yang terpandai, tetapi tentang ketahanan dan sokongan keluarga
Table of Contents
Pertemuan Semula Selepas Sedekad
“Assalamualaikum, Cikgu!”
Suara Arif Azhan muncul di skrin laptop saya, disambungkan dari Dubai yang berjarak tujuh jam penerbangan dari Malaysia. Sepuluh tahun sudah berlalu sejak dia terakhir duduk dalam kelas tuisyen saya, belajar Additional Mathematics untuk SPM 2015. Kini, di usia 27 tahun, dia telah menjadi seorang Internal Auditor di sebuah syarikat hartanah tersenarai di UAE.
“Dah setahun setengah, nak masuk dua tahun dah saya dekat sini, Cikgu,” katanya dengan senyuman. Latar belakangnya menunjukkan apartmen di pusat bandar Dubai – kehidupan yang jauh berbeza dari rumah banglo di Seksyen 7 Shah Alam tempat saya pernah mengajarnya dulu.
Tetapi apa yang paling menarik dalam perbualan kami bukan tentang kemewahan Dubai atau kejayaan kariernya. Ia adalah tentang perjalanan – bagaimana seorang pelajar biasa dengan usaha gigih, bimbingan ibu bapa yang bijak, dan sedikit nasib baik, akhirnya menemui jalannya sendiri di pentas antarabangsa.
Asas Yang Kukuh: Tahun-Tahun Sekolah
Arif belajar di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Bentong, sebuah sekolah berasrama penuh yang terkenal dengan disiplin ketatnya. Kerana lokasi sekolahnya yang jauh, dia hanya dapat hadir ke kelas tuisyen saya semasa cuti sekolah.
“Saya ingat Arif ni sebab dia datang every cuti sekolah untuk AddMath,” kenang saya. “Budak asrama memang lain – bila datang kelas, dia memang pick up cepat je.”
Yang menarik tentang Arif ialah latar belakang keluarganya yang kuat dalam bidang profesional. Bapanya seorang akauntan bertauliah ACCA, manakala ibunya seorang pensyarah ekonomi di UiTM. Persekitaran ini membentuk cara dia melihat pendidikan – bukan sekadar untuk lulus peperiksaan, tetapi sebagai asas untuk kerjaya jangka panjang.
“Saya sains stream, tapi tak ambil Prinsip Akaun masa SPM. Masa tu memang belum decide lagi nak ambil accountancy. Tapi ayah saya accountant, so inspirasi tu ada dari situ lah.”
Hasilnya? SPM 2015 membawa pulang 9A dengan hanya 1B dalam Biologi. Yang lebih penting, dia mendapat A solid untuk Additional Mathematics – subjek yang akan membuka pintu ke dunia yang tidak pernah dia bayangkan.
Plot Twist: Dari Sains Ke Perakaunan
Seperti ramai pelajar sains stream, Arif menghadapi dilema selepas SPM: universiti mahukan Prinsip Akaun untuk kemasukan terus ke ijazah perakaunan, tetapi dia tidak mengambil subjek tersebut.
“Salah satu jalan yang mudah adalah masuk asasi dulu. Requirement dia hanyalah matematik – tak perlu ada akaun,” jelasnya dengan pragmatik.
Maka bermulalah perjalanannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), mengambil Asasi Ekonomi dan Pengurusan Sains selama setahun. First semester membawa 3.8 CGPA – cukup baik untuk meyakinkan ibu bapanya bahawa dia mampu dalam bidang ini.
“Parents pun kata okeylah tu, nampak macam boleh buat. So that’s why kita proceed dengan perakaunan.”
Tetapi yang sebenarnya menarik bukanlah perjalanan konvensional dari asasi ke ijazah. Ia adalah keputusan yang dia buat di tahun kedua universiti – keputusan yang akan mengubah trajektori kariernya sepenuhnya.
Strategi Genius: ACCA Accelerate Program
Di sinilah cerita Arif menjadi sangat menarik. Kebanyakan graduan perakaunan mengambil ACCA (Association of Chartered Certified Accountants) selepas bekerja beberapa tahun. Tetapi Arif berbeza.
“Masa year two, ACCA datang buat roadshow di UIA. Dia orang introduce ACCA Accelerate Program – budak year two atau year three boleh mula ambil ACCA paper yang akhir tu semasa masih belajar degree.”
Program ini membenarkan pelajar dari universiti terpilih mengambil 4 paper ACCA terakhir secara selari dengan ijazah mereka, sambil mendapat 9 paper exemption. Tetapi inilah cabaran: degree pun sudah mencabar, tambah pula ACCA yang dikenali dengan kadar kegagalan tinggi.
“Mula-mula plan nak kerja part-time masa cuti semester, macam kawan-kawan lain. Tapi my mom kurang setuju. Dia kata daripada pergi kerja part-time, apa kata try ambil paper ACCA tu.”
Nasihat ibunya ini ternyata mengubah segalanya.
Disiplin Spartacus: Belajar 16 Jam Sehari
Bayangkan ini: Arif menghabiskan semester ketiga tahunnya dengan jadual yang gila – pagi hingga petang menghadiri kuliah degree, kemudian dari 6 petang hingga 10 malam mengikuti kelas ACCA secara online.
“Habis je kadang-kadang kelas degree pukul 5.00, 5.30, lepas tu 6.00 start kelas ACCA sampai 10.00 malam.”
Yang lebih mengejutkan: dia lulus semua paper ACCA dalam first sitting. Setiap paper. Tiada fail.
“Alhamdulillah, first sitting, pass pass pass pass,” katanya dengan nada rendah hati yang menunjukkan dia faham betapa luar biasanya pencapaian ini.
Untuk memberi konteks: kadar kelulusan paper ACCA biasanya hanya 30-40 peratus. Ramai profesional berpengalaman mengambil bertahun-tahun untuk habiskan ACCA, mengulang paper berkali-kali. Tetapi Arif, dalam usia 23 tahun, baru sahaja graduate, sudah memegang ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari UIA DAN kelayakan ACCA penuh.
“Bila dah ada degree dan ACCA masa umur 23-24 tahun, memang advantage besar. Zaman saya dulu, orang ambil ACCA ni orang tua-tua – orang yang profesional yang dah kerja lama,” kata saya, mengimbas kembali zaman saya sendiri mengambil ACCA 20 tahun lalu.
Welcome To Hell: Kehidupan Di Big 4
Semester akhir tahun ketiga membawa Arif ke KPMG Bandar Utama untuk internship enam bulan – sebahagian daripada requirement UIA. Tetapi nasib baik (atau nasib malang, bergantung pada perspektif), dia mengalami sesuatu yang tidak pernah dijangka: pandemik COVID-19.
“Saya ingat pergi office client dekat Hartamas. Lepas tu PM announce esoknya kena MCO. Tiba-tiba the next day semua orang tak boleh masuk office.”
Internshipnya bertukar menjadi work-from-home yang kelam-kabut – audit files tak dapat diakses, klien panik, senior panik, intern lagi panik. Tetapi pengalaman ini memberinya gambaran awal tentang dunia audit profesional.
Selepas tamat degree pada Jun 2021, dengan 2 paper ACCA terakhir dijadualkan untuk September, dia mula memohon kerja. Ernst & Young (EY) Bukit Damansara menawarkan jawatan – tetapi dia meminta defer tarikh mula bekerja sehingga selepas peperiksaan ACCA.
“HR kata okey boleh. So saya ingat first day saya 20 September 2021.”
Bermulalah babak yang dia gelar sebagai salah satu tempoh paling mencabar dalam hidupnya.
Neraka Yang Membina: 3 Tahun Di EY Malaysia
“Jujur? 90 peratus auditor akan kata dia tak suka kerja audit sebenarnya,” kata Arif dengan gelak hambar. “Termasuk saya lah.”
Ini adalah realiti Big 4 accounting firms di Malaysia – KPMG, Deloitte, PwC, EY. Nama-nama yang gemilang di resume, tetapi dibalik itu adalah cerita-cerita seram yang dikenali hanya oleh mereka yang mengalaminya.
“First year saya, I would go back everyday 2, 3, 4 pagi. Continuously macam tu. Almost everyday 2.00, 3.00, 4.00 baru balik rumah. Kalau ada hari yang 11.00 dah boleh keluar office, it’s a good day. Happy!”
Bayangkan: pulang ke rumah pada 3 pagi, tidur seketika, bangun pukul 8 pagi untuk sampai office pukul 9.30 pagi. Kemudian ulangi kitaran yang sama. Setiap hari. Selama setahun.
“Lepas tu next day, 9.00, 9.30 dah sampai office balik dah.”
Survival rate? Menakutkan.
“Batch kami yang masuk EY dari UIA, I think ada 8-10 orang. Selepas setahun, tinggal 4 orang. Separuh dah gone – resign dalam first year. Lepas tahun kedua, tinggal 2 orang. Lepas tahun ketiga, sayalah resign. So tinggal kawan saya lagi sorang.”
Dari 10 orang, hanya 1 yang bertahan melebihi 3 tahun.
“Dan baru few months back, kawan saya tu pun dah resign dah,” tambah Arif dengan nada yang memahami.
Mengapa Bertahan? Pelajaran Yang Tidak Ternilai
Dengan kehidupan kerja yang begitu mencabar, mengapa ramai masih memilih Big 4? Mengapa Arif sendiri bertahan selama 3 tahun?
“Walaupun kerja dia memang maut, ia sangat beneficial untuk CV. Lepas dapat 3 tahun solid audit experience di big firm, plus ACCA, employers nampak kita very valuable.”
Tetapi lebih daripada CV, ia adalah tentang cara berfikir yang dibentuk.
“Sebagai auditor, perspektif kita adalah sebagai reviewer, bukan preparer. Bila tengok sesuatu, kita kena tahu apa konsep yang betul, apa method yang betul untuk account for something. Kita nampak the whole business – dari segi standard, dari segi legal, dari segi risk mitigation.”
Arif berkongsi pelajaran paling berharga: “Big 4 ajar banyak pasal professional work ethics, culture of MNC. Benda-benda ni train macam mana nak faham sesuatu isu, dan macam mana nak resolve isu tu.”
Kemahiran ini – analytical thinking, problem-solving under pressure, attention to detail – adalah kemahiran yang akan dia bawa ke mana sahaja dalam kariernya.
Desperation Leads To Discovery: Jalan Ke Dubai
Seperti ramai profesional Big 4 yang lain, Arif akhirnya sampai ke breaking point.
“Saya ingat, hari tu saya stress sangat dengan kerja. Rather than buat kerja, saya dekat laptop office saya, saya pergi buka internal job posting.”
Inilah detik yang akan mengubah hidupnya.
“Saya nampak ada job posting untuk audit senior. Saya try apply UK, try apply Dubai, ada few more places. Tiba-tiba 2-3 hari lepas tu, yang Dubai ni email balik.”
Apa yang bermula sebagai satu tindakan “desperation” – “dah tak nak sangat kerja ni, pergi cari sesuatu” – bertukar menjadi peluang emas. Selepas 3-4 bulan proses interview, dia mendapat tawaran dari EY Dubai.
“Sebenarnya dia bukanlah satu benda yang plan. Dia adalah out of desperation.”
Tetapi desperation ini disokong oleh persediaan yang kukuh: 3 tahun audit experience, ACCA qualification, track record yang terbukti. Tanpa foundation ini, desperation hanya akan kekal sebagai wishful thinking.
Dubai: Kehidupan Yang Berbeza
September 2023 membawa Arif ke Dubai – bandar yang dia gambarkan sebagai “one of the most international places” dengan hanya 10-15 peratus penduduk tempatan, selebihnya dari seluruh dunia.
“Betul-betul international. Ada Indian, Syrian, Lebanese, Jordan, Egyptian, orang putih dari Europe, orang China – semua ada.”
Perubahan paling ketara? Work-life balance.
“Kalau di KL tu seratus peratus pressure, dekat sini mungkin 60 peresen. Masih ada pressure yang sama tapi kurang sikit. Kalau kat KL tiap-tiap hari 2, 3 pagi baru balik, dekat sini paling maksimum 8, 9 malam. Untuk auditor, kita rasa okeylah!”
Gaji? “Alhamdulillah, almost double dari yang dekat KL.”
Selepas setahun di EY Dubai, satu lagi peluang datang – kali ini dari recruiter di LinkedIn. Sebuah syarikat hartanah tersenarai tempatan mencari Internal Auditor. Arif mencuba nasib, dan berjaya.
“I think it’s much better. Kalau EY tu dah good, yang ni lagi much better.”
Better macam mana?
“Usually 5.00, 5.30 dah balik. Dan kita kerja pun kita tak bawa balik rumah. Mind is a bit free. Alhamdulillah, it’s much better.”
Internal Auditor: Kerja Yang Berbeza
Ramai yang keliru tentang perbezaan antara external auditor (seperti di Big 4) dan internal auditor. Arif menerangkan dengan jelas:
“External auditor fokus pada financial statements – penyata kewangan. Kita serve banyak company, tapi scope sempit. Internal auditor pula, kita hanya serve company kita je, tapi kita buat semua benda – all rounder.”
“Kita tengok dari segi controls, compliance, SOP. Contohnya, kita audit department HR – macam mana dia calculate bonus untuk staff. External auditor takkan validate benda tu detail-detail. Tapi kita akan pergi verify untuk setiap employee, kira betul-betul 2.5 kali gaji dia ke tak. Kita pergi lagi deep.”
Kerja ini lebih relax, tetapi bukan bermakna kurang mencabar atau kurang bermakna. Ia adalah evolution natural selepas “pay your dues” di Big 4.
Refleksi: Peranan Matematik Dalam Kejayaan
Menjelang akhir temubual, saya tanya Arif tentang nasihat untuk pelajar sekarang. Jawapannya mengejutkan – bukan tentang perakaunan atau ACCA, tetapi tentang matematik.
“Saya pernah dengar ramai student kata, ‘Kenapa kita kena belajar AddMath ni? Bukannya kita akan guna pun masuk universiti, masuk kerja.’ I beg to differ. Benda tu sangat penting!”
Dia meneruskan dengan penuh semangat:
“It’s not about apa yang you belajar dalam AddMath tu – formulas semua tu. Sebenarnya, AddMath dan Maths tu ajar you logical reasoning behind every question. Macam mana you nak resolve the question, macam mana you derive the solution. Your thought process of looking at the question – benda tu sangatlah penting!”
Ini adalah wisdom yang jarang didengar dari seorang akauntan professional.
“You dah masuk kerja pun, you masuk universiti pun, benda tu yang sangat penting. So sebenarnya Maths dengan AddMath tu – it’s not about the numbers, it’s not about the formulas. Yang penting adalah, they actually train your mind macam mana you nak berfikir.”
Saya terdiam seketika. Inilah pengiktirafan yang setiap guru matematik impikan – apabila pelajar memahami bahawa apa yang kita ajar bukan sekadar untuk peperiksaan, tetapi untuk kehidupan.
Nasihat Untuk Generasi Akan Datang
Arif tidak berhenti di situ. Dia berkongsi tiga prinsip yang membawa dia ke tempat dia berada hari ini:
1. Rajin & Ketahanan
“Belajar tu satu keperluan yang penting. Belajarlah rajin-rajin. Saya tengok ramai kawan-kawan saya yang berjaya pun semua ada traits yang sama – memang kena rajin, memang kena kuat, jangan cepat give up.”
“Tak kirah ke mana haluan yang you pilih, akan ada rintangan dia. Nak tak nak, sesusah mana pun – abang saya doktor, adik saya doktor, kawan-kawan jadi houseman kerja 12 jam sehari, 6 hari seminggu – memang torture. Tapi you kena ingat, you buatlah kerja yang susah tu dulu. At one point, sebabnya benda tu keperluan untuk you dapatkan credentials, insyaAllah akan dapat kesenangan selepas tu.”
2. Sokongan Keluarga
Ini bahagian yang paling menyentuh hati. Arif berkongsi kenangan yang dia tidak akan lupakan:
“If it’s not because of my family support, I wouldn’t be here. Benda sekecil-kecil pun – saya ingat masa kerja audit dulu, bulan puasa, saya balik rumah 2.00 atau 3.00 pagi. Nak bangun sahur 4.00 lebih tu dah tak larat.”
“I will always remember – everyday kalau saya balik lambat, my mom memang akan tinggalkan makanan dekat atas meja dekat rumah tu. Saya balik 2.00 pagi tu saya terus makan – itulah saya punya sahur. Next day bangun dah Subuh, ready nak pergi kerja. Dah tak perlu bangun sahur lagi. Benda sekecil-kecil tu pun, itu adalah family support yang sangat penting untuk kita berjaya.”
Matanya berkaca-kaca sedikit ketika bercerita ini.
“Family connections, hubungan dengan family, minta support, doa mak ayah – sangat sangat penting.”
3. Jangan Pandang Rendah Matematik
“Janganlah ambil pandang ringan kepada subjek Matematik dan AddMath. Bukan about numbers or formulas untuk pass SPM. Yang lagi penting adalah, they train your mind macam mana you nak berfikir. Benda tu you akan pakai sampai bila-bila.”
Epilog: Perjalanan Yang Berterusan
Apabila skrin kami menjadi gelap menandakan tamat perbualan, saya duduk seketika merenung apa yang baru saja saya dengar. Arif bukan cerita tentang genius yang naturally talented. Dia bukan anak orang miskin yang bangkit dari kemiskinan. Dia bukan pemberontak yang menentang sistem.
Arif adalah cerita tentang normalcy yang dilaksanakan dengan excellence. Dia adalah anak middle-class yang menghargai pendidikan. Pelajar yang rajin tetapi bukan yang terpandai. Profesional muda yang bekerja keras dalam sistem, bukan melawan sistem. Dan yang paling penting – seorang anak yang mendengar nasihat ibu bapanya.
“Masa cuti semester, plan nak kerja part-time macam kawan-kawan lain. Tapi mom kata, ‘Daripada kerja part-time, cuba ambil ACCA.’ Nasihat tu mengubah segala-galanya.”
Kadang-kadang kejayaan bukan tentang rebellion atau revolution. Kadang-kadang ia tentang trust – mempercayai orang yang lebih berpengalaman, mempercayai proses, mempercayai bahawa kerja keras akan membuahkan hasil.
Sepuluh tahun lepas, Arif duduk dalam kelas tuisyen saya, belajar differentiation dan integration. Hari ini, dia duduk di apartment di Dubai, mengaudit syarikat multinational. Perjalanan ini bukan kebetulan. Ia adalah hasil daripada:
- Ibu bapa yang bijak membimbing tanpa memaksa
- Guru-guru yang mengajar bukan sekadar formula, tetapi cara berfikir
- Seorang pemuda yang memilih jalan yang susah kerana dia tahu ia adalah jalan yang betul
- Disiplin untuk bertahan walaupun ingin menyerah
- Keberanian untuk mencari peluang walaupun dalam keadaan putus asa
“Cikgu, terima kasih sebab ajar saya dulu. Bukan je matematik – cara berfikir, cara selesai masalah, benda tu saya pakai sampai sekarang,” kata Arif di akhir perbualan.
Tetapi sebenarnya, saya yang perlu berterima kasih. Setiap kali saya jumpa bekas pelajar seperti Arif – yang bukan sahaja berjaya dalam kerjaya, tetapi berjaya sebagai manusia yang rendah hati, yang menghargai keluarga, yang ingat akar umbi mereka – saya diingatkan kembali mengapa saya memilih profesion ini.
Bukan kerana gaji. Bukan kerana status. Tetapi kerana detik-detik seperti ini – apabila kamu sedar bahawa apa yang kamu ajar 10 tahun lepas masih memberi manfaat hari ini, dan akan terus memberi manfaat untuk 10, 20, 30 tahun akan datang.
Pesan Terakhir: Untuk Pelajar & Ibu Bapa
Kepada pelajar yang membaca ini:
Arif bukanlah cerita fairy tale di mana semuanya mudah. Dia melalui 16-jam workdays semasa belajar degree dan ACCA serentak. Dia survive 3 tahun bekerja hingga 3-4 pagi setiap malam. Dia menghadapi self-doubt, exhaustion, dan masa-masa ingin menyerah.
Tetapi dia bertahan. Dan hari ini, pada usia 27 tahun, dia mempunyai financial security, international experience, professional qualifications, dan yang paling penting – pilihan. Dia boleh pilih untuk stay di Dubai, balik Malaysia, pindah ke negara lain, masuk corporate, start business – kerana dia sudah “pay his dues.”
Kerja keras tidak menjamin kejayaan. Tetapi tanpa kerja keras, kejayaan hampir mustahil.
Kepada ibu bapa:
Lihat peranan ibu dan bapa Arif. Mereka tidak memaksa – mereka membimbing. Ibunya tidak kata “Kau MESTI ambil ACCA!” Dia kata, “Daripada kerja part-time, apa kata cuba ACCA?” Satu soalan, bukan arahan.
Bapanya tidak kata “Kau MESTI jadi akauntan macam ayah!” Tetapi dia menjadi contoh – dan inspirasi datang secara natural.
Dan yang paling touching – ibunya yang bangun awal, tinggalkan makanan di meja untuk anak yang balik kerja pukul 2-3 pagi. Bukan perkataan motivasi. Bukan lecture panjang. Hanya tindakan kecil yang menunjukkan: “Ayah dan ibu faham. Kami support kau. Kau bukan bersendirian.”
Kadang-kadang, itu sahaja yang diperlukan.
Nota Penutup:
Temubual ini adalah yang pertama dalam siri “Jejak Cikgu ZZ” – satu projek untuk mendokumentasikan perjalanan bekas pelajar Akademi ZZ. Jika anda adalah bekas pelajar dan ingin berkongsi kisah anda, atau jika anda adalah pelajar/ibu bapa semasa yang ingin tahu lebih lanjut tentang bagaimana pembelajaran yang betul boleh membawa impak jangka panjang, hubungi kami.
Setiap cerita unik. Setiap perjalanan berbeza. Tetapi satu benang yang menghubungkan semuanya: pembelajaran yang betul bukan tentang SPM semata-mata – ia tentang membina fondasi untuk seumur hidup.
Artikel ini ditulis berdasarkan temubual video 30 minit dengan Arif Azhan (nama sebenar), bekas pelajar Akademi ZZ dari kohort 2014-2015, kini bekerja sebagai Internal Auditor di Dubai, UAE. Diterbitkan dengan izin penuh.
Untuk menonton video penuh temubual ini, layari saluran YouTube Akademi ZZ atau lawati www.akademizz.com
#JejakCikguZZ #AkademiZZ #KisahBekasPelajar #FromMalaysiaToDubai #ACCAJourney #Big4Life #KekalBelajar
