Cikgu ZZ

Tips

Pembelajaran Tuisyen Online Untuk Pelajar Asrama

Salam ibubapa yang dihormati sekalian.

Kami sering mendapat soalan sebegini ;

Anak saya pelajar asrama, boleh ke hadiri kelas online Akademi ZZ?

Kami memang akan selalu mengalu-alukan penyertaan mereka, tapi ada beberapa faktor yang di luar kawalan kami dan ibubapa juga.

1 – Kebenaran Pihak Asrama


Ada sesetengah sekolah mengizinkan i) penggunaan gajet, dan ii) peruntukkan masa (prep).

Gajet

Bukan semua sekolah membenarkan penggunaan gajet, walaupun kami sendiri tak pasti mengapa, mungkin mahu mengelakkan salah guna pelajar melayari laman web tak berkaitan.

Mungkin sekolah boleh menyediakan gajet untuk pinjaman, tapi ini melibatkan kos tinggi.

Apapun kami berharap semakin banyak sekolah yang membenarkan penggunaan gajet, kerana alatan ini mampu membantu pembelajaran pelajar di masa depan, seiring dengan perkembangan teknologi.

Masa

Ada juga sekolah membenarkan penggunaan gajet, tapi tiada keizinan masa. Ini kerana masa terluang mereka dipenuhi dengan kelas tutorial oleh cikgu sekolah.

Kerana itu kami menyediakan kelas 2 kali seminggu, dimana pelajar boleh memilih untuk hadir salah satu jika perlu.

2 – Sambungan Internet

Ini merupakan faktor penting juga, kerana jika gajet dan masa dibenarkan, jika sambungan internet tidak kuat, pembelajaran online tidak dapat diadakan secara lancar.

Kerana kebanyakkan sekolah asrama ini terletak di lokasi yang jauh dari bandar besar, disamping mungkin ramai juga pelajar yang menggunakan internet di masa yang sama, menjadikan sambungan internet terganggu.

Jika 2 faktor besar di atas dapat diatasi, tiada masalah untuk belajar online bersama kami.

Soalan seterusnya ; “anak saya nak hadiri kelas intensif cuti sekolah ni, boleh ke?”

Boleh hadiri bila-bila pun, cuma kami tidak sediakan kelas intensif sempena cuti sekolah, hanya tuisyen berterusan.

Apapun kami ada video rakaman untuk segala bab lepas, dimana pelajar boleh tonton dan belajar.

Boleh juga hadiri minimum 2 minggu kelas bersama kami.

Soalan : nak langgan video saja boleh ke?

Boleh juga, dimana kami berikan harga istimewa separuh harga untuk setiap kelas.

Sila Whatsapp kami : 017-660 0907

Anda ada idea / soalan yang ingin dikongsikan?
Sila komen di bawah.

7 Comments Pembelajaran Tuisyen Online Untuk Pelajar Asrama

  1. Nor Hayati Binti Aziz

    salam cikgu zz. ada kelas untuk pelajar tahun 6 yabg slow learner.? masih lemah dlm basic math wpun sudah darjah 6.

    Reply

Leave A Comment