Keadaan pandemik hari ini telah menjadikan kelas dalam talian sebagai satu alternatif utama bagi meneruskan pembelajaran. Banyak perdebatan berlaku sama ada kelas dalam talian ini efektif atau sebaliknya.
Sebenarnya, kelas dalam talian mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ianya juga bergantung kepada subjek yang diajar.
Bagaimana dengan subjek matematik? Adakah kita boleh mendapat manfaat dari kelas matematik dalam talian? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui 5 kelebihan belajar kelas tuisyen matematik dalam talian.
Table of Contents
Bahan Pembelajaran Tidak Terhad
Kredit: Technology photo created by freepik
Dengan mengikuti kelas tuisyen matematik secara dalam talian, bahan pembelajaran yang bakal anda dapat adalah tidak terhad. Kebiasaannya guru akan berkongsi nota dalam bentuk pdf. Ianya terpulang kepada pelajar untuk mencetak nota tersebut atau terus membaca dari layar komputer.
Latihan juga dikongsi secara dalam talian. Penggunaan buku teks atau buku latihan yang mahal dapat dikurangkan. Anda hanya perlukan sebuah buku conteng dan internet untuk mengikuti kelas tuisyen matematik dalam talian.
Jimat Masa
Hal ini sangat digemari pelajar di zaman pandemik ini. Jika dahulu pasti akan mengambil 3 jam untuk bersiap sebelum ke kelas. Namun, dengan mengikuti kelas matematik atas talian, mungkin hanya 30 minit sahaja persiapan yang diperlukan.
Tiada lagi masalah kesesakan lalu lintas untuk ke pusat tuisyen mahu pun kes tertinggal bas. Habis sahaja kelas, aktiviti harian boleh diteruskan seperti biasa.
Interaksi Langsung dengan Guru
Kredit: School photo created by freepik
Jika di kelas biasa, pasti akan ada murid yang tercicir kerana jumlah pelajar yang agak ramai. Berbanding kelas dalam talian jumlah pelajar adalah lebih kecil.
Guru dapat fokus kelemahan setiap pelajar dan memberi arahan yang personal dalam sesi tutoring. Ianya juga menjadi kelebihan apabila pelajar boleh menyelesaikan keraguan secara terus dengan guru dalam sesi pembelajaran.
Guru akan membantu anda memahami topik dengan menerangkan semula atau dengan berkongsi nota-nota ringkas dari laman sesawang untuk menambah kefahaman pelajar.
Jadual yang Fleksibel
Dengan mengikuti kelas tuisyen matematik dalam talian, anda boleh memilih waktu yang sesuai dengan jadual anda. Sesetengah orang lebih suka akan kelas di awal pagi tetapi ada juga yang lebih menggemari kelas tambahan di waktu malam.
Apa yang anda boleh lakukan ialah berbincang dengan guru anda supaya kata sepakat dapat dicapai. Setelah anda dapat jadual kelas tambahan, bolehlah anda menyusun aktiviti-aktiviti lain sekitar jadual tersebut.
Kurikulum Mengikut Keperluan Anda
Kurikulum atau silibus di sekolah bersifat tetap dan telah ditentukan kementerian. Namun, kelas tuisyen dalam talian mempunyai kurikulum yang dipersonalisasikan.
Kelas tuisyen ini kebiasaannya akan menekankan bab yang sukar atau masih belum anda kuasai. Dengan ini, anda akan rasa lebih bersemangat untuk mengikuti kelas yang direka khas untuk membantu anda dalam pelajaran.
Kami di CikguZZ ada menawarkan khidmat tuisyen matematik secara online untuk matematik dan addmath, dari peringkat UPSR, PT3 dan SPM.
Kesimpulannya,
Kelas tuisyen matematik dalam talian memberi banyak kelebihan kepada pelajar. Ianya hanya bergantung kepada diri masing-masing untuk merebut manfaat yang tersedia atau tidak. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Jika anda berminat untuk mengikuti kelas tuisyen matematik dalam talian, daftar sekarang di sini.