Sebagai ibu bapa kita tentunya inginkan yang terbaik buat anak-anak. Boleh pening kepala jadinya bila anak tidak suka akan sesuatu subjek. Lebih-lebih lagi matematik. Sudah puas difikirkan cara buat si anak suka dan berminat akan matematik. Tapi ternyata, masih tidak berhasil.
Artikel ini saya tuliskan khas untuk ibu bapa yang mempunyai masalah seperti di atas. Jadi. mari saya kongsikan 7 cara bantu anak yang tidak minat belajar subjek matematik.
Table of Contents
Hadkan masa belajar
Photo by Annie Spratt on Unsplash
Kita juga pasti akan memberontak jika dipaksa melakukan benda yang kita kurang sukai. Jadi, kita haruslah memahami perasaan anak-anak. Hadkan masa untuk mereka belajar kepada waktu yang lebih pendek tetapi kerap.
Dengan ini, mereka dapat belajar sesuatu dalam setiap sesi tanpa berasa stress atau tertekan.
Belajar dengan seronok
Belajar matematik bukan hanya terhad kepada buku teks dan latihan sahaja. Tetapi anak-anak juga mampu meningkatkan skil matematik secara informal dengan permainan seperti sudoku, permainan kad dan lain-lain.
Jadikan matematik suatu perkara yang seronok. Masa kini terdapat banyak juga mobil apps untuk anak anda belajar matematik sambil bermain. Anda boleh baca selanjutnya di artikel ini.
Tetapkan matlamat dan bagi ganjaran
Setiap hari, anda boleh tentukan beberapa goals yang perlu dicapai anak anda. Pastikan ianya tidak terlalu sukar dan boleh dicapai. Selepas itu, sediakan ganjaran yang setimpal jika anak berjaya mencapai matlamat tersebut.
Dengan ini anak akan lebih bermotivasi untuk membuat latih tubi matematik.
Aplikasi dalam kehidupan
Anak menjadi tidak suka akan matematik kerana mereka merasa ianya mengelirukan dan tiada gunanya dalam kehidupan. Jadi andalah yang perlu menyerlahkan bagaimana matematik mampu menyenangkan kehidupan. Contohnya sewaktu mengajar anak konsep masa.
Anda boleh memberi contoh mudah dan menggunakan konsep tambah atau tolak. Lebih mudah ketika proses jual beli. Anda boleh bertanya kepada anak anda berapa jumlah harga 2 barang yang bakal anda ambil.
Puji mereka jika mereka dapat mencongak dengan pantas. Mereka pasti akan merasa bangga jika dapat menjawab soalan anda.
Jadi role model dalam hidup anak
Anak-anak selalunya memandang tinggi akan ibu bapa. Jadi, ambil peluang ini untuk tunjukkan teladan yang baik. Anda boleh mengajak anak untuk duduk bersama sambil anda mengira akaun bulanan dan sebagainya.
Ibu bapa juga bolehlah menambah baik ilmu matematik sedia ada agar dapat membantu anak dengan kerja rumah dan latih tubi.
Susun jadual dengan baik
Perkara yang paling utama adalah untuk tidak membuat anak berasa terbeban dengan subjek matematik. Jadi, pastikan anda bantu anak untuk susun jadual dengan baik.
Buat kerja rumah dengan lebih awal berbanding dateline yang ditetapkan untuk mengelakkan suasana stress.
Pastikan juga anda tahu waktu anak paling efektif dan cerdas untuk ada selitkan masa untuk praktis subjek matematik.
Dapatkan bantuan tutor
Jika keadaan menjadi tidak terkawal pastikan anda mendapatkan bantuan. Jangan sampai anak telah tercicir jauh baru hendak mencari jalan. Anda boleh daftarkan anak ke pusat tuisyen atau mendapatkan tutor untuk datang ke rumah.
Namun, pada waktu wabak Corona ini, saya sarankan anda untuk mengambil kelas tuisyen online sahaja. Banyak kelebihan kelas tuisyen matematik online sebenarnya. Saya ada kongsikan dalam artikel sebelum ini.
Kami di CikguZZ ada menawarkan khidmat tuisyen matematik secara online untuk matematik dan addmath, dari peringkat UPSR, PT3 dan SPM.
Kesimpulannya,
Diharapkan tips ini mampu membantu ibu bapa dan anak-anak di luar sana. Percayalah setiap usaha pasti akan membuahkan hasil jika kena caranya.
Baca lebih lanjut tentang Kesilapan Ibubapa Dalam Menyemai Minat Matematik Pada Anak-Anak di sini.
Assalamualaikum cikgu. Boleh ke ajar math IGCSE year 9?