Cikgu ZZ

Tips

5 Kelebihan Belajar Matematik untuk Bina Kerjaya Masa Depan

“Ala perlu ke belajar matematik sampai power ni? Saya nak jadi doktor. Bukan guna matematik pun nanti.”

Inilah yang sering bermain difikiran pelajar zaman kini. Sangkaan mereka, matematik tidak akan diaplikasikan dalam dunia kerjaya di kemudian hari. Sebenarnya, setiap kerjaya sedikit sebanyak mempunyai unsur matematik. Lagi pun, kemahiran matematik boleh membina kerjaya masa hadapan. 

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui 5 Kelebihan Belajar Matematik untuk Bina Kerjaya Masa Hadapan. 

Pandai mengurus kewangan

Photo by Kelly Sikkema on Unsplash

Apabila melangkah ke alam dewasa, akan terdapat banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Gaji hasil bekerja keras perlu dibahagikan untuk membayar bil, membeli barang keperluan,diberi kepada ibu bapa dan juga ganjaran kepada diri sendiri. Jika anda mempunyai skil matematik yang baik ia sedikit sebanyak dapat memudahkan proses menguruskan kewangan. Anda perlu mengambil kira berapa peratus simpanan yang anda ingin ketepikan, berapa pula yang ingin dibelanjakan.

Anda juga perlu membuat kira-kira sekiranya gaji yang anda terima setimpal atau tidak dengan komitmen bulanan. Jika tidak, sudah pasti anda akan lebih berusaha untuk melonjakkan diri dari tangga kerjaya sedia ada. 

Menjadi manusia yang menepati masa

Menepati masa merupakan sikap yang patut ada dalam diri setiap orang. Ini adalah sangat penting lebih lebih lagi dalam dunia pekerjaan. Anda pasti akan memberikan first impression yang baik apabila anda datang awal ke tempat kerja. Jika anda mempunyai temujanji atau mesyuarat dengan klien, mereka pasti akan berasa senang jika anda menepati waktu yang dijanjikan. Untuk menjadi manusia yang menepati masa, anda perlu menggunakan kemahiran matematik untuk mencongak dan merancang sesebuah aktiviti. Waktu bersiap, jangka masa perjalanan semuanya perlu dikira terlebih dahulu.

Dalam menyiapkan tugasan juga begitu. Pekerja yang menyelesaikan tugasan dengan baik dan mengikut dateline pasti akan mendapat kepercayaan orang atasan. Ini seterusnya memudahkan anda untuk naik lebih tinggi dalam bidang kerjaya anda.

Mengasah problem-solving skill

Subjek matematik sememangnya mengajar kita skil menyelesaikan masalah atau problem solving skill. Jika dibangku sekolah masalah yang diselesaikan ialah “Berapa baki epal yang terdapat dalam beg plastik Cik Kiah”, lain pula di alam dewasa. Banyak perkara yang memerlukan kita untuk berfikir secara kritikal. Otak yang cekap menyelesaikan masalah matematik, dikatakan lebih pantas dalam berfikir jalan atau solusi perkara harian. 

Jadi, banyakkanlah membuat latihan matematik untuk memastikan otak sentiasa tajam. Anda pasti akan dapat mencari penyelesaian yang wajar berbekal kan skil ini disamping pengalaman dan ilmu yang dikumpul. 

Matematik membantu aktiviti sosial

Ada ke matematik dalam aktiviti sosial? Mestilah ada! Contohnya sewaktu membeli-belah. Siapa sahaja yang tidak suka membeli-belah apatah lagi jika terdapat promosi dan diskaun. Anda boleh menggunakan skil matematik ketika aktiviti ini untuk mendapatkan pembelian yang berbaloi. Jika anda adalah bakal seorang pemilik perniagaan, hal in amat penting kerana anda pasti inginkan modal yang rendah. Selain itu,skil matematik juga digunapakai sewaktu aktiviti bersosial dengan rakan sekerja atau luar tempat kerja. Anda boleh menjadi hero di mata mereka apabila anda mampu mencongak dengan laju untuk membahagi bil sewaktu menonton wayang atau pun makan di restoran.    

Anda lah si popular yang laju mencongak itu!

Mengembang cognitive skill

Skil kognitif terbahagi kepada beberapa cabang seperti pemahaman, penerapan, analisis, sintesis dan penilaian. Senang kata skil kognitif membolehkan anda menghubungkan idea, memupuk pemikiran logik dan abstrak dan kebolehan menganalisa sesuatu perkara. Ini sangat baik untuk otak anda. Bos juga pasti mahukan orang yang mempunyai skil yang telah disenaraikan di atas. 

Bagaimana anda boleh mendapatkan atau menambah baik skil kognitif ini? Ya, sudah tentu dengan memperbanyak latihan matematik. Menurut sebuah artikel di EDCircuit, skil kognitif sangat berkait rapat dengan kebolehan menyelesaikan masalah matematik dengan baik. Apa lagi, belajarlah matematik dengan baik untuk kebaikan kerjaya masa hadapan.

Kesimpulannya,

Terdapat banyak kelebihan belajar matematik untuk membina kerjaya masa hadapan. Bagus sekiranya anda dapat menguasai subjek ini kerana aplikasinya juga akan digunapakai dalam kehidupan sebenar. Anda hanya perlu percaya dan belajar matematik secara santai tanpa tekanan.

Kami di CikguZZ ada menawarkan khidmat tuisyen matematik secara online untuk matematik dan addmath, dari peringkat UPSR, PT3 dan SPM.

Baca lebih lanjut tentang 4 jenis pelajar tuisyen online di sini.

Leave A Comment