Table of Contents
Kesilapan 1 : Beritahu Anak Yang Anda Sendiri Tak Pandai Matematik
Mungkin matematik bukanlah subjek kegemaran anda tika zaman persekolahan dulu, dan sebagai kesannya, anda tidak tekun belajarnya dan sekaligus merundum markahnya.
Jika ini benar sekalipun: USAH KATAKAN PADA ANAK ;
“Kau ni tak pandai matematik sebab mak kau dulu pun tak pandai matematik.”
“Memang keturunan kita camni. Tak boleh buat apa dah'”
Jika anda selalu mengulang ayat di atas (atau seumpamanya), lama kelamaan anak anda akan percaya “ini adalah takdir, tak boleh buat apa dah. jika belajar pun, tetap tak boleh skor, ini adalah genetik.”
Ini akan membuatkan mereka mudah berputus asa, dan anda akan nampak mereka seperti malas.
Apayang patut anda buat – tak perlu cakap apa-apa dulu.
Kita bermula dari sini dulu.
Kesilapan 2 – Beri Tekanan
Matematik sering dijadikan subjek pengukur kepandaian, dan ibubapa mudah berasa risau jika markah matematik anak mereka menurun.
Kerisauan ini akan ditukarkan menjadi tekanan pada mereka : “kenapa markah turun? Kenapa tak skor math, dulu Ok je?”
Pembelajaran matematik adalah satu proses jangka panjang.
Mereka memerlukan masa untuk memahami konsep abstrak sebegini.
Setiap pelajar punyai ‘tempo’ (pace) masing- masing ; ada yang cepat tangkap, ada yang sederhana, dan ada yang perlahan.
Dengan memahami tempo mereka ini, ibubapa sebenarnya boleh mendorong mereka agar kerap melakukan soalan latihan.
Usah beri tekanan sehingga mereka bosan dan benci dengan matematik.
Kesilapan 3: Terlalu Fokus Kepada Keputusan Peperiksaan
Ya, markah boleh dijadikan batu pengukur. Tapi kita harus juga lihat usaha, dan jauh mana markah mereka sebelum ini.
Usah bandingkan malah mereka dengan yang lain – tapi bandingkan markah mereka sendiri dengan yang sebelum ini.
Lihat juga apa usaha, adakah berkesan dengan
- belajar sendiri
- tuisyen secara fizikal atau tuisyen online
- belajar berkumpulan
Usaha-usaha ini tidak semestinya membuahkan hasil, tapi sekurang-kurangnya mereka sedang mencari kaedah berkesan.
Biar kecil usaha, asalkan konsisten. Beri mereka galakan.
Kesilapan 4 : Tidak Gunapakai / Aplikasi Matematik Dalam Kehidupan Sebenar
Ini sepatutnya bermula dari zaman kanak-kanak lagi, dimana kita mengajak mereka mengira kereta, kucing, duit syiling dan sebagainya.
Tapi bila mereka remaja ini, ajak juga mereka mengira sesuatu yang lebih kompleks lagi, contohnya peratusan diskaun jualan, berapa liter minyak dengan RMXX dibayar, kadar perbezaan harga barang (inflasi) dari tahun ke tahun, dan sebagainya.
Biarpun anda tidak pernah bermula – masih belum terlambat! untuk menyemai minat ini.
Biar mereka gunakan kalkulator jika perlu.
Ada juga mobile app untuk telefon pintar yang boleh digunakan untuk memupuk minat dalam matematik.
Kesilapan 5 – Membandingkan Dengan Orang Lain.
Ini sangatlah biasa terjadi. dibandingkan dengan sepupu-sepapat, rakan sekolah, ataupun pelajar cemerlang di media.
Pendapat saya, ia boleh jika tidak keterlaluan, ataupun jika anak anda berdaya saing.
Tapi jika anda benar lemah, ini akan membuat mereka benci subjek matematik.
Cadangan saya, lebih afdal jika bandingkan markah mereka sendiri dari masa ke semasa.
Dari sini, mereka sendiri akan sedar sendiri kesilapan dan sikap mereka, tanpa kita bandingkan dengan orang lain, atau berleter tak habis pada mereka.
Kami di CikguZZ ada menawarkan khidmat tuisyen matematik secara online untuk matematik dan addmath, dari peringkat UPSR, PT3 dan SPM.
Pingback: Pupuk Minat Belajar Matematik Anak Anda dengan 5 Mobil App - Cikgu ZZ
Pingback: Apa nak buat jika anak anda tidak minat belajar subjek matematik - Cikgu ZZ