Sejak KSSM diperkenalkan, Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil inisiatif memasukkan silabus kewangan dalam silabus Matematik — bermula di Tingkatan 3, 4 dan 5.
Ini kerana, kita sering mendengar bagaimana anak muda — sebelum 30-an lagi — telah bankrap.
Ramai juga anak muda ini keliru dengan insurans, pencukaian, pinjaman dan sebagainya.
KPM memasukkan ilmu kewangan ini ke dalam subjek aliran utama, iaitu Matematik — bukan lagi subjek pilihan (elektif) seperti Perdagangan, Ekonomi ataupun Perakaunan.
Table of Contents
Apa yang akan dibincangkan?
Daripada saya — Cikgu ZZ daripada Akademi ZZ, saya mahu bincangkan:
- i) Apa silabus kewangan tersebut, dan
- ii) Di tingkatan mana ia diperkenalkan.
📌
Nota: Ia sesuai untuk golongan dewasa juga.
① Simpanan dan Pelaburan ; Pinjaman dan Kredit
Ini silabus pertama diperkenalkan, dalam Bab 3 Matematik Tingkatan 3.
Ia mengajar tentang kiraan faedah pelaburan — daripada 2 jenis faedah (interest) iaitu:
- Faedah mudah
- Faedah kompaun
Topik ini dipecahkan kepada 4 tajuk kecil:
- Simpanan
- Pelaburan: kiraan kos dan keuntungan untuk pelaburan saham, emas, kripto, koperasi serta hartanah
- Hutang: seperti pinjaman, bagaimana mengira kadar faedah dan tempoh pinjaman
- Kad kredit: pengiraan caj kad kredit ditekankan supaya pelajar faham risiko penggunaannya
Nota: Ramai orang muda bankrap disebabkan kad kredit ini!
② Pengurusan Kewangan
Diperkenalkan dalam siri Matematik Pengguna, sebagai Bab 10 Matematik Tingkatan 4.
Ini bab yang bagus sekali — bagaimana ia mengajar kita agar lebih strategik dengan kewangan kita.
Kita belajar menggunakan konsep SMART:
- S – Specific (khusus)
- M – Measurable (boleh diukur)
- A – Attainable (boleh dicapai)
- R – Realistic (boleh jadi kenyataan)
- T – Time-bound (ada jangka masa)
Contoh matlamat yang boleh dicapai:
- beli kereta
- deposit beli rumah
- pembelian perabot
- simpanan duit kahwin
- modal perniagaan dan sebagainya
③ Insurans
Bab ini dalam siri Matematik Pengguna seterusnya — iaitu Bab 3 Matematik Tingkatan 5.
Ini bab penting dalam pengenalan kepada pengurusan risiko, seperti:
- insurans hayat
- insurans penyakit kritikal
- insurans kenderaan
- insurans kebakaran dan yang berkaitan
Dengan mengenali pilihan insurans, diharap pelajar lebih bijak memilih produk pengurusan risiko yang relevan dengan kehidupan semasa.
④ Pencukaian
Merupakan bab terakhir dalam Siri Matematik Pengguna, dalam silabus Matematik Tingkatan 5.
Pelajar diperkenalkan dengan beberapa jenis cukai, seperti:
- cukai pendapatan
- cukai tanah
- cukai perkhidmatan
- cukai jalan
Pelajar juga belajar secara terperinci bagaimana mengira cukai pendapatan untuk submisi LHDN kelak.
Juga mengira cukai jalan untuk kenderaan berlainan kapasiti cc.
Kesimpulan
Bagi saya, ini adalah satu inisiatif yang baik daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, untuk kita membantu generasi muda — membimbing mereka dalam menangani kewangan mereka kelak.
Agak komprehensif juga silabus ini, melibatkan:
- pelaburan
- simpanan
- kredit
- hutang
- pengurusan kewangan
- insurans
- dan pencukaian
Sebenarnya, ia masih relevan dengan golongan dewasa sekalipun —
Ada dewasa yang ingin belajar ini?