Cikgu ZZ

Tips

Cara Belajar Online yang Betul

Baiklah, kali ni saya nak bincanglah tentang benda yang penting untuk pelajar online, iaitu cara belajar online yang betul. Sebab ramai pelajar yang masih lagi tak belajar online dengan cara yang betul.

Ramai yang macam… hadir tapi tak hadir pun. Sekadar tutup kamera, mikrofon senyap, fikiran melayang. Ada yang tertidur, semua kan?

Jadi setelah kami buat tuisyen online selama 5 tahun, nampaklah beberapa cara, beberapa tips untuk pelajar — macam mana mereka boleh improve supaya mereka belajar online dengan cara yang betul.


1. Sediakan Ruang Belajar yang Tetap

Maksudnya, kena ada satu tempat duduk khas — meja, kerusi dan laptop ataupun gadget.

Tak boleh dah belajar atas katil, baring kat ruang tamu, duduk atas sofa.

Otak kita ni kena set tahu: bila duduk kat kerusi tu, kena fokus dah. Dah tak boleh ada benda lain.

Yang penting juga, pencahayaan cukup, dan jauh daripada orang lain. Kalau boleh dalam bilik sendiri, ataupun bilik belajar yang takde gangguan — orang makan minum kat situ, tengok TV dan sebagainya.


2. Tulis, Jangan Sekadar Tengok

Pelajar juga harus buat sesuatu — tulis.

Jangan sekadar tengok, sambil-sambil tu tengok TikTok lah, scroll phone lah, Facebook lah.

Sebenarnya pelajar kena sediakan kertas. Dah cikgu akan bagi modul awal, jadi boleh tulis jawapan kat situ. Sediakan kertas, kalkulator, tulis idea, tulis nota.

Pastikan tulisan tangan — sebab tulisan tangan tu otak lagi ingat.


3. Gunakan Headphone

Sebab headphone ni akan buat kita dengar suara cikgu satu je — satu sumber. Kalau tak guna headphone, dengar open speaker — bising.

Adik-beradik menjerit, bunyi dapur, bunyi kucing… semua kacau.

Kalau boleh, guna headphone. Kalau lagi bagus, guna yang jenis noise cancelling — iaitu anda tak dengar bunyi lain di luar tu.


4. Tanya Soalan

Macam biasalah — saya sebagai cikgu online bila nak pelajar tanya soalan, semuanya senyap. Tapi kalau boleh, guna chat, tulis soalan anda.

Cikgu suka tahu sebenarnya bila anda tanya — nampak hidup kelas tu, takde lah mati je.

Walau sekecil mana pun soalan anda — tanya je.

InsyaAllah cikgu akan layan. Bila cikgu layan, anda seronok, kelas pun jadi aktif.


5. Bersedia Dulu Sebelum Belajar

Bersedia tu maksudnya — pastikan dah makan, dah mandi, dah solat semua.

Janganlah tak mandi, belum solat, kelam-kabut.

Pastikan anda dah ready — dah mandi, dah segar, dah sembahyang, dah kenyang. Barulah masa belajar tu boleh fokus.


6. Tonton Semula Rakaman

Biasanya kelas tuisyen kita akan bagi video rakaman. Jadi kena review balik.

Kalau tengok sekali, mungkin faham tak faham. Tapi kalau tengok kali kedua, dia lagi solid pemahamannya.

Ramai pelajar saya sendiri cakap, lepas tengok video tu balik — baru dia betul-betul faham.

Jadi tengok rakaman ni sebahagian daripada ulangkaji juga.


7. Maklumkan pada Keluarga

Beritahu semua orang yang anda tengah tuisyen.

Beritahu ayah, mak, adik-beradik:

Tolong ya — 8.30 sampai 10.00 malam ni, senyap sikit, sebab kakak tengah tuisyen.

Bila semua orang faham, takde lah buat bising, kacau. Jadi anda pun boleh belajar dengan lebih ‘syok’.


Penutup

Apa pun, belajar online ni memang norma baru.

Ada yang bagus — tak perlu keluar rumah, tak perlu kelam-kabut nak ke tempat tuisyen, tak perlu bersembang dengan kawan semua.

Tapi yang tak bagusnya — senang ada gangguan, daripada family sendiri, daripada rumah sendiri.

Jadi anda kena pilih sebenarnya, cara mana yang sesuai.

Kalau nak belajar online, pastikan anda buat semua yang saya sebutkan di atas.

Dan kalau nak belajar online dengan kami, boleh terus daftar di

👉 daftar.akademizz.com

Daripada saya,

Cikgu ZZ

Akademi ZZ

Leave A Comment