Cikgu ZZ

Tips

Pupuk Minat Belajar Matematik Anak Anda dengan 5 Aplikasi Android & iOS

Belajar matematik merupakan suatu perkara yang mencabar bagi sesetengah anak-anak. Mengajar matematik pula jika tidak kena tekniknya boleh jadi sangat memenatkan untuk ibu bapa. Jika silap caranya, anak akan jadi bosan dan mempunyai tanggapan bahawa matematik ialah subjek yang sukar.

Hal ini tidak patut berlaku kerana matematik boleh juga diajar melalui pembelajaran bukan formal. Macam mana tu ya? Senang sahaja, melalui mobil app di telefon pintar anda. Teruskan membaca artikel ini dan ketahui cara memupuk minat belajar matematik anak anda dengan 5 mobil app ini.

TallyTots Counting

TallyTots Counting merupakan aplikasi berbayar yang direka untuk kanak-kanak berusia dari 3 ke 5 tahun. Dengan RM 11.99, anda dapat menikmati aplikasi yang mengenalkan anak anda dengan nombor secara kreatif.  Aplikasi ini menyediakan 20 mini games untuk anak anda mengenal nombor dengan cara yang menyeronokkan. Visual yang comel disertakan sound effect membuatkan si kecil anda lebih fokus dalam bermain sambil belajar.Terdapat juga sing along song yang boleh didapati dalam aplikasi ini. Anda boleh membeli aplikasi ini di Google Play Store atau App Store.

Math Bingo

Aplikasi Math Bingo ini bagus untuk membiasakan si kecil anda dengan nombor dan operasi mudah matematik. Menggunakan prinsip asas permainan popular BINGO, aplikasi ini bersifat santai dan mudah untuk difahami. Permainan in membenarkan single-player dan multi-player. Anda juga boleh memilih tahap kesukaran dari 1 hingga 5. Aplikasi adalah percuma dan anda boleh mendapatkannya di Google Play Store dan juga App Store.

Monster Math

Monster Math pula merupakan aplikasi percuma yang boleh anda muat turun di Google Play Store. Permainan ini membenarkan anda memilih tahap permainan bersesuaian dengan umur anak anda. Antaranya seperti Kindergarten, Grade 1, Grade 2, Grade 3, Grade 4 dan Grade 5. Permainan ini juga membolehkan anda memilih operasi matematik apa yang anda inginkan seperti tambah, tolak, darab, bahagi dan nombor perdana. Anak dapat belajar matematik dengan menyelesaikan misi sambil mencongak operasi matematik yang diberikan.

DragonBox Algebra 5+

Aplikasi DragonBox Algebra mempunyai beberapa version. Namun, untuk kanak-kanak berusia 5-8 tahun, DragonBox Algebra version 5+ adalah lebih sesuai. Permainan ini memperkenalkan konsep algebra kepada pengguna. Bagi kanak-kanak yang lebih berusia, mereka bakal bermain game yang menggunakan konsep persamaan matematik. Permainannya sangat menarik dan bakal membuatkan anak-anak tidak sedar yang mereka sebenarnya sedang menggunakan konsep matematik! Untuk anak yang lebih muda pula, terdapat permainan mini untuk menyuai padan kad bernombor atau huruf. Aplikasi ini berharga RM 20 dan anda boleh mendapatkannya di Google Play Store atau Apps Store.

Math Games- Learn Math

Aplikasi ini menyediakan beribu praktis Matematik yang boleh diakses secara percuma. Anak-anak dapat memahirkan diri dalam pelbagai operasi matematik termasuklah geometri, aritmetik, persamaan dan peratusan. Soalan-soalan di dalam aplikasi ini juga disertakan dengan jawapan lengkap. Anak-anak dapat berlatih menyelesaikan soalan matematik tanpa tekanan. Dengan adanya aplikasi ini, anak dapat belajar matematik walaupun dari suasana selesa bilik masing-masing.

App untuk belajar matematik

Banyak aplikasi matematik yang menarik dan boleh diakses dari telefon bimbit. Diharap perkongsian ini membantu ibu bapa di luar sana dalam mendapatkan proses pembelajaran yang menyeronokkan untuk anak-anak. Baca lebih lanjut tentang 5 kesilapan Ibu bapa dalam menyemai minat matematik pada anak-anak di sini.

3 Comments Pupuk Minat Belajar Matematik Anak Anda dengan 5 Aplikasi Android & iOS

  1. Pingback: 5 Kesilapan Ibubapa Dalam Menyemai Minat Matematik Pada Anak-Anak - Cikgu ZZ

Leave A Comment