Cikgu ZZ

Posts tagged tuisyen online

Tips

10 Kesilapan Biasa dalam Algebra

Algebra adalah ilmu terpenting dalam matematik yang dipelajari pelajar sejak tingkatan 1 lagi. Penguasaannya adalah wajib, kerana ia masih digunakan di peringkat SPM serta pengajian tinggi. Saya selaku tutor berpengalaman hampir 20 tahun, seringkali melihat kesilapan asas sebegini, tidak kiralah pelajar tingkatan 3 ataupun 5. Harap anda boleh kongsikan ini juga kepada pelajar lain untuk… Continue reading

Berita

Ujian Diperkenalkan!

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan, dan diatas permintaan ramai, kini Akademi ZZ akan mengadakan ujian matematik untuk kesemua tingkatan. Jadual Anda boleh ke laman ini: kad.akademizz.com Ciri-ciri 1 – Ujian akan diadakan setiap selang sebulan setengah. 2 – Akan diadakan SETIAP SABTU 10 PAGI – 1 TENGAHARI. 3 – Kebiasaan ujian akan diberikan 2/3 bab berturutan,… Continue reading

Tips

Kelebihan Belajar Matematik Online di Akademi ZZ

Latarbelakang

Akademi ZZ secarasminya ditubuhkan pada awal tahun 2021.

Seperti kebanyakkan servis tuisyen online yang lain, kami ditubuhkan ketika zaman pandemik berleluasa.

Pembelajaran Online adalah satu norma yang harus biasakan, dan kami nampak norma ini akan berterusan selepas pandemik sekalipun.

Adakah Akademi ZZ ini sesuai dengan anak anda? Di sini kami ingin mengupas tentang kelebihan tuisyen bersama kami ini.

Setakat ini:
a) kami hanya fokuskan subjek matematik daripada tingkatan 1 ke tingkatan 5, termasuk Addmath T4 dan T5, serta Fizik T4.
b) seramai 2,043 pendaftar, dengan 585 pelajar di seluruh negara.
c) seramai 5 tutor, dan 2 kerani.

Sebelum Sertai Kelas:

① Ujian Diagnostik

Kami akan menilai dulu tahap kemampuan asas algebra pelajar, supaya kami memahami kemampuan mereka untuk ditempatkan di kelas yang sesuai.

Ibubapa sendiri boleh mengenalpasti kelemahan / kekuatan anak dari sini, dan boleh gunakan keputusan ini sebagai asas.

Di sini juga adalah proses tapisan untuk kami; BUKAN semua pendaftar akan buat ujian ini.

Kami hanya boleh simpulkan; kemahuan belajar itu ada, tapi bukan semua ada kesungguhan.

② Kelas Trial

Selepas ujian Diagnostik di atas, kami akan mengajak pelajar untuk sertai kelas trial kami pula, mengikut tingkatan masing-masing, secara PERCUMA.

Ini bertujuan untuk menilai keserasian pelajar dengan tutor, tanpa SEBARANG OBLIGASI.

Kelas Percubaan ini penting untuk mewujudkan kepercayaan anda terhadap mutu pembelajaran kami, sebelum anda komited membayar yuran bulanan.

Pelajar sendiri boleh menilai dan bayangkan impak kelas ini, kerana kami sendiri percaya, demi mencapai keputusan yang baik, ‘belajar tidak boleh dipaksa’.

Keinginan belajar itu harus datang daripada pelajar itu.

Selepas Sertai Kelas

Modul akan diberikan SEHARI SEBELUM KELAS, supaya pelajar sempat mencetaknya.

Video Rakaman akan disediakan SEHARI SELEPAS KELAS untuk memudahkan pelajar yang mungkin tidak dapat hadir, ataupun ulangkaji.

Kami simpan KESEMUA VIDEO RAKAMAN di laman web khas : pelajar.akademizz.com.

Pelajar baru ataupun sudah lama join, akan ada akses menonton keseluruhan video untuk subjek dan tingkatan diambil.

④ Selepas setiap kelas, kami akan MINTA MAKLUMBALAS PELAJAR untuk memastikan tutor kami senantiasa berikan khidmat terbaik.

Ujian Bulanan : Kami juga akan berikan ujian setiap sebulan setengah untuk memastikan keberkesanan kelas kami.

Kad Laporan juga akan disediakan untuk memudahkan ibubapa melihat semua rekod ujian sepanjang pengajian bersama kami.

Kesemua kad laporan dan jadual ujian disimpan di kad.akademizz.com.

Ada apa-apa soalan? Sila komen di bawah.

Tips

20+ Printable UPSR, PT3, SPM Mathematic & Add Math Exam Papers

Hari ini, sistem pembelajaran negara agak tergugat dek kerana pandemik yang melanda. Ramai murid yang tercicir dari sesi pembelajaran kerana sistem PDPR yang dijalankan tidak kemas dan asing berbanding pembelajaran di sekolah.  Sebagai pelajar, kita tidak seharusnya berputus asa. Malah, kita perlu cuba untuk bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran kita sendiri. Justeru, artikel ini akan menyenaraikan… Continue reading

Tips

5 Kelebihan Belajar Matematik untuk Bina Kerjaya Masa Depan

“Ala perlu ke belajar matematik sampai power ni? Saya nak jadi doktor. Bukan guna matematik pun nanti.” Inilah yang sering bermain difikiran pelajar zaman kini. Sangkaan mereka, matematik tidak akan diaplikasikan dalam dunia kerjaya di kemudian hari. Sebenarnya, setiap kerjaya sedikit sebanyak mempunyai unsur matematik. Lagi pun, kemahiran matematik boleh membina kerjaya masa hadapan.  Teruskan… Continue reading

Tips

Pupuk Minat Belajar Matematik Anak Anda dengan 5 Aplikasi Android & iOS

Belajar matematik merupakan suatu perkara yang mencabar bagi sesetengah anak-anak. Mengajar matematik pula jika tidak kena tekniknya boleh jadi sangat memenatkan untuk ibu bapa. Jika silap caranya, anak akan jadi bosan dan mempunyai tanggapan bahawa matematik ialah subjek yang sukar. Hal ini tidak patut berlaku kerana matematik boleh juga diajar melalui pembelajaran bukan formal. Macam… Continue reading

Tips

5 Kelebihan Belajar Kelas Tuisyen Matematik dalam Talian

Keadaan pandemik hari ini telah menjadikan kelas dalam talian sebagai satu alternatif utama bagi meneruskan pembelajaran. Banyak perdebatan berlaku sama ada kelas dalam talian ini efektif atau sebaliknya. Sebenarnya, kelas dalam talian mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ianya juga bergantung kepada subjek yang diajar. Bagaimana dengan subjek matematik? Adakah kita boleh mendapat manfaat dari kelas… Continue reading