Kami sering mendapat respon ini daripada ibubapa yang prihatin ; mereka ada masalah untuk mengajak anak mereka untuk sertai tuisyen.
Belajar adalah suatu aktiviti yang tidak boleh dipaksa-paksa, dan ia harus dilakukan dengan sukarela, barulah ia berkesan.
Tapi bagaimana jika anak anda memang tak suka tuisyen?
Table of Contents
Suruh Mereka Cuba Dahulu (jika boleh percuma)
Ada sesetengah pusat tuisyen ataupun tutor beri kelas percubaan, iaitu kelas pertama dengan percuma tanpa obligasi.
Anda boleh minta anak anda cuba dulu tanpa tekanan.
Jika mereka setakat rasa biasa2 saja pun, anda tetap boleh ajak mereka cuba sebulan dua, mana tahu dia serasi sampai bila2 kan.
Saya sendiri pernah cuba untuk ajak anak perempuan saya sertai taekwando, dia berasa tak minat juga bila kelas pertama. Tapi saya katakan cuba dulu sebulan dua, jika tetap tak suka boleh berhenti.
Alhamdulillah setelah 3 tahun, masih sertai taekwando tersebut.
Jangan Paksa Jika Memang Tidak Serasi
Tapi jika benar anak tidak suka tuisyen itu, jangan sesekali memaksa mereka, kerana ini akan membuatkan mereka memberontak dan akhirnya menjadi tidak suka subjek itu.
Makin merundum jadinya.
Tidak perlu panik lagi, cuma hentikan saja jika reaksinya keterlaluan, tidak mahukan tuisyen itu.
Cuba Tutor Personal (ongkos harus lebih)
Tutor personal, samada datang ke rumah ataupun online mungkin berkesan, kerana pelajar yang tak minat tuisyen ini selalunya ingin diberi perhatian penuh.
Tapi ini juga harus tengok juga keserasian mereka.
Biasanya tutor berpengalaman akan lebih mudah disukai kerana mereka tahu melayan pelbagai kerenah pelajar ini.
Cuma tutor personal lebih mahal, biasanya 4 kali lebih berbanding tuisyen biasa.
Ok jika anda berkemampuan, asalkan anak anda berasa selesa dengan tutor.
Cuba Online? (jika bersemuka tak boleh juga)
Jika tuisyen personal agak tinggi harganya, mungkin boleh cuba kelas tuisyen beramai2 secara online ;
Masih berasa seperti personal (kerana berseorangan dalam bilik), tapi harga seperti pusat tuisyen berkumpulan.
Cuma tutor tidak dapat beri perhatian kepada semua pelajar sama rata – pelajar sendiri harus proaktif dalam chat.
Ada pelajar yang ngam belajar begini, kerana boleh tanya soalan secara live.
Tawarkan Mereka Sesuatu Ganjaran
Tawarkan mereka sesuatu jika dapat ada peningkatan dalam ujian.
Ini akan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk belajar, sekaligus menghadiri tuisyen.
Biarpun pada permulaan terasa seperti ‘terpaksa’ belajar, tapi mana tahu lama kelamaan minat pada subjek itu boleh datang sendiri.
Tawaran ini harus dibincangkan dengan anak kerana hadiah itu mestilah sesuatu yang mereka damba kan.
Moga berjaya.
Anda ada cara lain untuk memujuk anak anda sertai tuisyen?
Boleh taip komen di bawah.